Page 19 - BULETIN JSKM 2019 EDISI 4
P. 19
BULETIN JSKM, EDISI 2019
P i
J 0 M G Y M
Pada tahun 2019, Unit Sukan dan Rekreasi (S&R) telah mengambil inisiatif menggalakkan Staf JSKM
untuk bergiat cergas dalam aktiviti kecergasan yang diadakan di Pusat Gimnasium, Unit Sukan, UiTM
Cawangan Pulau Pinang. Program ini diadakan pada setiap hari Khamis bermula pukul 3 petang sehingga
5 petang.
Program ini hanya terbuka kepada staf wanita dari Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM).
Sambutan adalah menggalakkan dan ini menunjukkan warga JSKM mementingkan aspek penjagaan
kesihatan. Staf JSKM yang berkelapangan melapangkan diri untuk hadir ke program ini dan ternyata
sokongan yang diberikan oleh peserta adalah tidak berbelah bahagi. Puan Wan Nur shaziayani selaku ketua
program, telah mempromosikan program ini pada setiap minggu dan memastikan program ini berjalan
dengan lancar.
Ucapan terima kasih kepada semua staf JSKM yang terlibat kerana memberi kerjasama yang sangat
baik dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti yang dijalankan ini memberi impak positif kepada
kesihatan semua warga JSKM UiTM Cawangan Pulau Pinang dan
akan diteruskan lagi untuk tahun hadapan.
18