Page 32 - BULETIN JSKM 2019 EDISI 4
P. 32

BULETIN JSKM, EDISI 2019




                                                HATIMU IBU


                                                 Aku tidak mungkin sering berdoa dan
                                                 aku mungkin tidak cukup berdoa
                                                 tapi ketika aku lakukan
                                                 ini semua yang aku pinta darimu ya Allah …

                                                 Tuhan tolonglah memberikan aku sekeping hati seperti
                                                 miliknya
                                                 Dia yang mencintai tanpa syarat,
                                                 Tidak peduli apa, tak peduli siapa .

                                                 Tuhan berilah aku keberanian untuk menjadi seperti dia
                                                 Dia seorang ibu yang sangat berani dan kuat,
                                                 Dia yang membuat aku tidak tenggelam dalam kegelapan.

                      Tuhan berilah aku kebijaksanaan seperti miliknya
                      Dia mengetahui segalanya, walau dugaan melanda
                      Dia sedia membantu segalanya.

                      Tuhan berilah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran seperti miliknya
                      Walau dia diduga, ditimpa musibah,
                      Namun dia berdiri teguh untuk meneruskan kehidupan.


                     Tuhan berilah aku keindahan seperti miliknya
                     Ketika dia tersenyum, ketawa
                     Membuatkan aku berperasaan bahawa semuanya akan selamat.

                     Tuhan berilah aku kemurahan hati seperti miliknya
                     Dia membantu yang tidak berdaya,
                     dan dia begitu penyayang.

                     Ketahuilah…
                     Untukmu ibu aku berdoa
                     Semoga ibu sentiasa sihat
                     Dikurniakan umur yang panjang
                     Ku ingin membahagiakanmu
                     Sebelum mata ini tertutup

                     Terima kasih Ibu
                     Jasamu terpatri dalam kalbuku
                     Aku yang menyayangimu.

                     Nukilan: Shasha














                                                                                                                    31
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37