Page 37 - BULETIN JSKM 2019 EDISI 4
P. 37

BULETIN JSKM, EDISI 2019


               Perkara paling menggembirakan pegawai bertugas dalam Misi Akademik ini apabila tangungjawab
               yang disampaikan dengan ikhlas dalam membantu anak bangsa untuk ke menara gading adalah satu
               perkara yang tak ternilai. Sedih dan gembira setelah selesai memberi taklimat dengan harapan dan
               doa  agar  mereka  ini  Berjaya  ke  menara  gading  tidak  kira  di  peringkat  mana  sekalipun  agar  anak
               bangsa  ini  Berjaya  seiring  dengan  bangsa  lain.  Sedih  apabila  melihat  kaca  mata  mereka  dengan
               penuh  pengharapan  dalam  mendengar  setiap  taklimat  dan  penerangan  yang  diberikan.  Gembira
               apabila mereka menerima perkara yang kita kongsikan dengan penuh semangat dan iltizam.

               Akhir  kalam  walaupun  Misi  Akademik  ini  merupakan  unit
               kecil  dalam  pentadbiran  sesebuah  kampus,  namum  ia
               merupakan  antara  unit  terpenting  dalam  memastikan
               kemasukan pelajar ke sistem UiTM seiring dengan KPI yang
               ditetapkan oleh Unit Kualiti Kampus  dan Universiti. Tanpa
               pelajar siapalah penyarah. Oleh itu, kewajaran unit ini perlu
               ditingkatkan  dan  diterjemahkan  dengan  lebih  jitu  serta
               semangat  komitmen  yang  tinggi  dari  pegawai  bertugas
               demi  meningkatkan  bilangan  enrolmen  pelajar  ke  UiTM
               seiring  dengan  hasrat,  misi  dan  visi    Universiti  Teknolgi
               MARA.



               Ikhlas

               MO-Mantan KMA 2017-2019

















































                                                                                                              36
   32   33   34   35   36   37   38   39