Page 39 - Destinasi Ebook
P. 39

Pusat peranginan Borneo Highland merupakan satu kawasan yang sangat menarik dan menyediakan persekitaran
        yang mesra alam. Ia menyediakan padang golf yang mempunyai pemandangan yang sangat indah di rantau asia.
        Keunikan padang Hornbill Golf menawarkan pengalaman yang luar biasa seperti pengalaman bermain golf di
        kawasan yang dikelilingi awan. Bayangkan ‘teeing off (memukul bola golf) melepasi atas pokok dan kemudiannya
        jatuh di kawasan hutan yang berkabus.
           Padang Golf ‘The Hornbill Golf’ yang terletak di Pusat Peranginan Borneo Highland adalah syurga bagi para
        golfer kerana keunikan rekaannya, iaitu 18 lubang (Par 72) padang yang santai dan terletak di dataran tinggi
        dengan iklim panas sederhana sepanjang tahun menawarkan cabaran yang sangat sukar untuk menguji kemahiran
        pemain golf.
           Keunikan padang golf ini adalah ia telah memperolehi anugerah ‘Malaysia Spa & Wellness Award 2009’ dan
        juga telah dilancarkan sendiri oleh Tiger Woods semasa Kejohanan Piala Golf Dunia di Mines Resort dan Golf
        Club. Padang ini telah direka oleh Arkitek Selatan Golf iaitu Neil Crafter yang menonjolkan ciri-ciri semula jadi
        dan reka bentuk lokasi tanah tinggi yang unik dimana permain golf dapat bermain sambil dikelilingi hutan tanpa
        perlu memusnahkan persekitaran tersebut.
           Selain menikmati keindahan dan keselesaan resort, terdapat juga tempat-tempat yang menarik seperti Rumah
        Panjang Annah Rais. Rumah Panjang ini terletak di kaki bukit Borneo Highland dan dibina pada tahun 1818.
        Keunikan rumah panjang ini ialah, ia merupakan rumah panjang yang paling panjang di Sarawak. Apabila anda
 Q      melawat rumah panjang ini, anda akan dapat melihat kehidupan masyarakat Bidayuh. Fungsi rumah panjang ini
        pada awalnya ialah, dibina untuk mengelakkan ancaman penyamun kerana memudahkan penduduk
        untuk berkumpul menentang mereka. Seterusnya, pengunjung juga boleh melawat kawasan kolam air panas yang
        berdekatan dengan rumah panjang tersebut.





















                                                BORNEO



                                            HIGHLAND


                                                  RESORT


















 36                                                          37                                          D ESTINASI
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44