Page 40 - Destinasi Ebook
P. 40
G enting
Highland
Kuasa apakah yang digunakan oleh Genting
Highlands sehinggakan cuacanya boleh berubah
sekelip mata, cukup berbeza daripada suhu di
Lembah Klang yang hanyalah agaknya satu jam
pemanduan dari pusat peranginan ini?
Kabus yang tebal dan udara yang sejuk cukup
untuk menggambarkan kedinginan cuaca di sini.
Dengan lokasi yang strategik dan daya tarikan
hebat yang tiada tandingan, segalanya dapat
dinikmati dalam atmosfera nyaman di kawasan
tanah tinggi. Di Genting Highland, terdapat
pelbagai tempat menarik yang menjadi tumpuan
utama para pengunjung iaitu Snow World,
Awana Skyway, Genting Highlands Premium
Outlet dan Butterfly Wonderland.
Awana Genting Highlands Golf & Country
Resort merupakan kawasan percutian sesuai bagi
pemain golf yang berminat untuk bermain pada
hujung minggu selepas melalui kesibukan kerja.
Iklim tropika yang panas di Malaysia boleh memberi
cabaran yang sukar terutamanya bagi permainan
golf di kawasan tanah yang lebih rendah. Walau
bagaimanapun, di sini anda dapat menikmati angin
gunung yang menyegarkan dan suasana hutan hujan
yang menyenangkan semasa bermain golf. Selain
itu, Awana Genting Highlands Golf & Country
Resort terletak hanya satu jam perjalanan dari
Kuala Lumpur. 18 lubang Ron Fream padang golf
yang direka amat terkenal dengan rupa bumi
beralun dan cerun yang curam kerana ia dikelilingi
oleh hutan tropika Genting.
Sukan 38 D ESTINASI