Page 39 - Destinasi 52 pages
P. 39
DESTINASI PELANCONGAN
SUKAN GOLF
Albright Chong Ming Soon
albrightcms@gmail.com
TIGA lokasi yang disenaraikan di bawah merupakan destinasi pelancongan
untuk pengunjung yang gemar bermain sukan golf.
RANAU
Gunung Kinabalu merupakan salah satu tarikan utama kepada MOUNT KINABALU GOLF & COUNTRY
pengunjung kerana keindahan pemandangan yang cantik dari aras
ketinggian yang sangat tinggi dan pengunjung juga dapat melawat
Taman Kinabalu selain menjalankan aktiviti pendakian gunung.
Ranau adalah salah satu tempat tarikan kepada pengunjung di
mana pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri tempat-tempat
menarik seperti Perkampungan Kucing Mesilou, Kolam Air Panas
Poring dan Ladang Strawberi Mesilou. Berdekatan dengan Ranau
penggemar golf berpeluang untuk melakukan aksi ‘tee off’ dengan penuh bergaya berlatar belakangkan
Gunung Kinabalu dengan hembusan udara segar yang sejuk, iaitu di Kelab Golf Gunung Kinabalu (Mount
Kinabalu Golf Club). Ia terletak di dataran tinggi Pinosuk, iaitu
setinggi 1,500 meter dari paras air laut Kundasang yang mana ia
merupakan susun atur golf tertinggi di Sabah. Padang ini direka
oleh Robert Muir Graves dan memiliki landskap yang menakjubkan
di mana ianya terdiri daripada tanah ladang yang luas dan
berbukit-bukau.
Kebanyakan pemain golf bersetuju bahawa 18 lubang di padang golf
yang sentiasa berangin, dan kawasan berkabus memberi cabaran baru.
PORING HOT SPRING, RANAU Salah satu lubang golf yang ketara dilihat, iaitu lubang golf ke-14, par
3, 142 meter, air sungainya sentiasa mengalir ke bawah jurang yang dalam. Di sinilah kawasan ujian yang sebenar
untuk menguji kemahiran para pemain golf kerana anda akan memerlukan satu pukulan yang tepat dari ‘tee’
bertingkat merentasi Sungai Mesilau East untuk membolehkan bola
golf mendarat di atas kawasan ‘green’ yang terletak di pinggir tebing. DESA CAFFLE DALRY FARM
Kemudahan-kemudahann lain yang disediakan termasuklah
rumah kelab golf, lounge, kawasan latihan ‘putting’ dan ‘chipping
green’, kedai golf, penyewaan bagi kereta golf, kasut dan set barangan
golf, dan perkhidmatan ‘caddy’.
Sukan 37 D ESTINASI