Page 35 - Destinasi 52 pages
P. 35

Syurga Beli Belah











                     Mimi Asmida Bt Noor Azali
                      mimiasmidaaa@gmail.com


                   Minat dan hobi membeli belah sememangnya mahal, namun ia boleh menjadi
                                      murah dengan pencarian syurga beli belah.

                                                                                         Langkawi, Malaysia
                                                           Langkawi yang merupakan pulau bebas cukai,
                                                           menjadi tempat tarikan pelancong dari dalam
                                                           dan  luar  negara. Selain  datang untuk menikmati
                                                           keindahan     tempat-tempat    menarik     seperti
                                                           Taman Lagenda Langkawi, Telaja Tujuh, Laman
                                                           Padi dan Makam Mahsuri, Langkawi juga
                                                           menjadi tarikan peminat coklat. Selain berstatus
                                                           bebas cukai, pulau syurga coklat ini menjual
                                                           coklat import dengan harga yang lebih rendah.

                Ho Chi Minh, Vietnam
                Kota Ho Chi Minh yang menjadi nadi syurga beli
                belah di Vietnam menjadi tumpuan beli belah
                bagi wanita. Pencarian baju, kasut, beg dan
                cenderamata boleh didapati di Pasar Ben Thant dan
                Pasar Cho Binh Tay Mac Viet. Tidak ketinggalan
                juga, bagi mereka yang gilakan kain ela yang
                murah, baju kurung, jubah, telekung dan blouse,
                Linda Wholesale adalah tempat yang dicari!

                                                           Bangkok, Thailand
                                                           Chatucak    Weekend      Market    yang    sinonim
                                                           dengan tempat membeli belah terbesar di
                                                           Thailand, menjual produk berkualiti dengan harga
                                                           yang  rendah.  Pelbagai  barangan seperti  beg  tangan,
                                                           kasut, pakaian dan keperluan lain ditawarkan di sini.
                                                           Selain  itu,  Pratunam  menjadi  kawasan  buruan
                                                           pencinta fesyen yang bukan sahaja menjual
                                                           pakaian,  malah  cenderahati,  aksesori  dan  barangan
                                                           elektronik. Pasar pagi Pratunam yang terletak di
                                                           hadapan  Bajyoke  Sky  Hotel  yang menjual  makanan
                                                           beroperasi seawal jam 4 pagi sehingga 8:30 pagi.

                                                         -Ikuti majalah Destinasi di www.wixsite.com/karyadestinasi
                                                            33                                          D ESTINASI
        Beli-Belah
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40