Page 30 - Destinasi 52 pages
P. 30

Selain daripada pasar apung, terdapat juga
                                                             satu pasar menarik yang terletak di atas
                                                        landasan kereta api, iaitu Maeklong Railway Market.
                                                        Pasar ini berada di daerah Samut Songkhram, iaitu
                                                   terletak kira-kira 75 kilometer dari kota Bangkok. Keunikan
                                                   pasar ini adalah kereta api memintas pasar tersebut dengan
                                                    perlahan mengikuti jadual perjalanan yang telah ditetapkan.

                                                Penduduk tempatan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan di
                                               kawasan ini sejak dahulu sebelum landasan kereta api dibinakan.
                                               Namun, penjual tempatan tetap meneruskan aktiviti perniagaan di atas
                                               landasan kereta api selepas ianya siap dibina. Kereta api akan memberi
                                               isyarat kepada peniaga supaya mereka dapat menyimpan barangan dan
                                                           gerai-gerai jualan sebelum ketibaan kereta api.
                                               Masing-masing dengan barang jualan dalam bekas beroda, payung
                                                   atau kanopi menolak barang mereka ke dalam dengan mekanis-
                                                 ma  direka cipta sendiri supaya mudah ditarik dan dikeluarkan. Peniaga
                                                    akan meneruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kereta
                                                       api melintas. Hal inilah yang membentuk satu keunikan
                                                         kepada pasar tersebut dan sekarang menjadi tempat
                                                                  tarikan yang mengundang jutaan
         Pasar Atas Landasan Kereta Api                             pelancong sepanjang tahun.
       Maeklong Railway Market





                               Sudut Bahasa Thai



        Belajar bahasa dan frasa Thai yang asas dan mudah membolehkan anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan
        penduduk tempatan semasa melancong ke Thailand. Bukan sekadar usaha untuk memahami penduduk tempatan,
        ia juga sebagai tanda hormat.

                Frasa-frasa sentiasa digunakan
                      semasa membeli-belah

        Frasa-frasa ini merupakan cara mudah untuk tawar-menawar
        dengan penjual tempatan apabila membeli sesuatu. Dengan
        bercakap sedikit bahasa Thai, berkemungkinan mendapat
        diskaun yang lebih banyak.


                  Berapakah harga ini?        Berapa?
                   Ra ka tao rai            Gee bhat?
                   (khrup/ka)?

                                                                    Ambil Tahu:
                 Boleh kurangkan lagi?  Boleh bagi saya diskaun?    Untuk lelaki, akhiri ayat dengan perkataan (khrup /
                     Lot noi dai         Ru na lot r aka hai        krap) manakala untuk perempuan, ayat diakhiri dengan
                       mai?               noi (khrup/ka)?           perkataan (ka / kap). Ini digunakan untuk mengakhiri
                                                                    ayat atau bertanya soalan dengan cara sopan dan hormat.


        Thailand                                             28                                         D ESTINASI
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35