Page 27 - Destinasi 52 pages
P. 27

dapat bermain dengan pelbagai jenis arnab yang
         comel. Selain bermain dengan arnab, pengunjung
         juga berpeluang memberi makan kepada arnab
         serta bergambar  dengan  mereka. Namun begitu,
         keselamatan     arnab    perlulah   dipatuhi    dan
         haiwan ini perlulah dibelai dengan baik.
         Di Kundasang juga, pelbagai pilihan penginapan
         yang  unik  disediakan    kepada  para  pengunjung.
         Contohnya, Mile 36 Lodge yang terletak di dalam
         pinggiran kawasan Taman Negara Gunung
         Kinabalu. Mile 36 Lodge menawarkan beberapa
         jenis penginapan dengan konsep yang berbeza
         iaitu tradisional, kontemporari dan Eropah
         dengan harga RM70 semalam.  Tidur anda
         semestinya akan nyenyak dengan pilihan-pilihan
         konsep unik daripada Mile 36 Lodge. Seterusnya
         ialah homestay Oppa 28 yang berkonsepkan
         kontena secara luaran dengan hiasan dalaman tidak
         ubah seperti sebuah hotel yang normal. Jadi,
         pengunjung tidak perlu khuatir kerana luaran dan
         dalamannya     ternyata   berbeza    sama     sekali.
         Bagi yang gemarkan penginapan yang lain daripada        Kiram’s Village
         lain homestay Oppa 28 sememangnya  secocok
         dengan anda! Mongolian  Yurt  Wind  Paradise
         Lodge merupakan tempat pengunjung dapat
         merasai percutian selah-olah di negara Mongolia       Mongolian Yurt Wind Paradise menawarkan
         tanpa perlu mengeluarkan bajet yang tinggi.           pengunjung     pengalaman      bermalam     dan    di
                                                               khemah yang unik, selesa dan luas. Selain
                                                               itu, suasana pada waktu malam di kawasan
                                                               tersebut juga merupakan tarikan yang dinantikan
                                                               pengunjung dimana pengunjung dapat menikmati
                                                               gemerlapan  bintang di  langit yang hitam pekat.
                                                               Dengan bayaran sebanyak RM170 semalam,
                                                               pengunjung      boleh    menikmati     suasana     ini
                                                               bersendirian mahupun bersama keluarga atau
                                                               rakan-rakan.
                                                                  Kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi
                                                               bahawa mereka yang ingin bercuti ke Kundasang
                                                               memerlukan  bajet  yang  tinggi.  Namun  persepsi
                                                               tersebut   adalah    tidak   wajar    kerana    pusat
                                                               pelancongan di Kundasang menyediakan  pelbagai
                                                               keistimewaan kepada mereka yang ingin melancong
                                                               ke Kundasang. Pakej pelancongan mesra bajet amat
                                                               bersesuaian bagi mereka yang ingin melancong
                                                               bersama     keluarga    kerana    dapat   membantu
                                                               mengurangkan kos berbanding memilih tempat
                                                               pelancongan yang lain. Selain daripada mempunyai
         Mongolian Yurt Wind Paradise                          suhu persekitaran yang rendah, pusat pelancongan

         Lodge                                                 di  Kundasang  juga  menyediakan  pelbagai  aktiviti
                                                               menarik.

       Kudasang                                             25                                          D ESTINASI
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32