Page 22 - Destinasi 52 pages
P. 22

Nur Nabihah Bt Meera Mydin
                  nabihah9692@gmail.com
        Jika  disebut  mengenai  percutian    pastinya  ramai  yang  terbayang  tidak  mempunyai  masa  yang  mencukupi
        untuk merancang dan bercuti. Selain itu, bagi yang berkerjaya, keutamaan terhadap kerjaya menyukarkan lagi
        keadaan. Namun begitu bagi Mohd Zuwairi, 32, bergelar doktor falsafah di usia yang muda dan kini bekerja
        sebagai pensyarah di universiti pengurusan terkemuka,  Universiti Utara Malaysia menyebabkan beliau tidak
        terlepas dibebani dengan kerja yang perlu diteruskan.
        N      amun begitu dalam kesibukan yang terpaksa

               dilaluinya, beliau tetap membahagikan masa
               antara kerjaya dan minatnya. Minatnya dalam
               mengembara timbul sewaktu kecil apabila
        beliau sering  dibawa berjalan jauh  oleh kakaknya
        dan ketika berumur 10 tahun, Zuwairi telah mula
        berdikari  apabila  diberi  kepercayaan  oleh  orang
        tuanya untuk menaiki bas berseorangan dari Perlis ke
        Melaka. Beliau mula aktif mengembara secara solo
        atau berkumpulan setelah mempunyai pendapatan
        sendiri  dan  diantara 2014 hingga 2017 merupakan
        tahun  keemasan  baginya  kerana  banyak  tempat
        telah diterokai.
           Sewaktu  ditanya apa yang beliau cari   ketika
        mengembara,      Zuwairi     menjawab     “sebelum
        melancong ke sesuatu tempat, saya akan melihat
        terlebih   dahulu    pemandangan      di   kawasan
        tersebut melalui internet kerana itulah kepuasan
        yang saya cari. Saya ingin menyaksikan keindahan
        kawasan tersebut dengan mata saya sendiri.
        Sebagai contoh, sewaktu di Jogjakarta, saya
        menaiki  tingkat  empat  bangunan  Borobudur  dan
        duduk  di  situ  selama  tiga  jam  tanpa  melakukan
        aktiviti lain selain menikmati pemandangan  Cebu, Filipina
        di kawasan tersebut” jelasnya mengenai kepuasan
        dan nilai yang dicari.
           Bagi Zuwairi, walaupun sibuk dengan kerja yang
        perlu diuruskan, beliau tetap mencari masa bagi
        membuat perancangan  awal sebelum ke   sesuatu
        tempat. Perkara pertama yang dilakukan ialah,
        memilih tempat pelancongan yang dikelilingi
        alam serta jauh dari kawasan bandar. Seterusnya,
        beliau akan mengkaji terlebih dahulu tempat
        tersebut dari segi pengangkutan, keselamatan,
        makanan      dan    sebagainya.    Zuwairi    turut
        menyatakan bahawa beliau tidak kisah jika            Bilik Pensyarah, SMMTC
        Ikon                                                20                                          D ESTINASI                                                                     21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27