Page 23 - Destinasi 52 pages
P. 23

mengembara secara solo.
           Namun jika berkumpulan, beliau hanya menghadkan
        dua    hingga     empat    orang    boleh    melancong
        bersama-sama kerana jika kuantiti lebih daripada
        empat,    akan    timbul    pelbagai   masalah    kerana
        setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza.
        Sewaktu mengembara secara berkumpulan, beliau akan
        pergi bersama rakan-rakan karib sejak zaman belajar
        yang  satu  kepala  dengannya  kerana  mereka  telah  lama
        mengenali  hati budi dan perangai masing-masing.
           Bagi bajet pula, Zuwairi lebih selesa dalam bersederhana
        iaitu tidak terlalu sikit dan tidak terlalu mewah. Bajet
        kebiasaan beliau adalah dari RM500 hingga RM1500
        bergantung kepada tempat yang dilawati termasuk harga
        tiket penerbangan pergi dan balik. Jika di negara seperti
        Indonesia  dan Filipina, kosnya lebih  murah.  Namun  kos
        melancong paling tinggi yang pernah digunakan adalah
        sebanyak RM3000 semasa melancong ke Jepun kerana
        kos  di sana tinggi dan duit Malaysia  juga  lebih  rendah
        berbanding Jepun.
           Apabila ditanya mengenai kesukaran melancong  ke
        negara orang, sebagai seorang bergama islam, pastinya
        mencari makanan halal agak sukar di sesuatu tempat
        yang bukan mesra muslim. Oleh itu, Zuwairi lebih gemar
        membawa  makanan dari Malaysia  yang  sudah terjamin
        halal. “Saya akan membawa makanan dalam tin seperti
                                                                    Japan

                                                                 jenama    Brahim    atau   Adabi,    roti  ataupun
                                                                 mee segera dari Malaysia bagi mengalas perut. Jika
                                                                 beruntung, saya akan jumpa restoran muslim
                                                                 yang diasaskan oleh penduduk setempat atau
                                                                 orang dari Pakistan, namun, harga makanan amat
                                                                 mahal dan boleh mencecah RM80 sepinggan.”
                                                                   Pengalaman     yang    diperolehinya    sepanjang
                                                                 mengembara ke serata tempat dikongsikan dengan
                                                                 orang ramai melalui blog yang telah dikhaskan iaitu
                                                                 Ayie Kaki Jalan. Pada awalnya, beliau hanya menulis
                                                                 di blog tersebut kerana minat dalam bidang
                                                                 penulisan. Namun begitu, pada awal 2009,
                                                                 beliau mula menulis blog yang berkongsi dengan
                                                                 pembaca mengenai pengalaman beliau mengembara
                                                                 serta berkongsi maklumat dan tips-tips di tempat
                                                                 yang pernah dilawatinya. Antara tempat menarik
                                                                 yang pernah dilawati oleh anak muda kelahiran
                                                                 Perlis  ini   ialah  Jepun,   Vietnam,    Thailand,
                                                                 Singapura, Filipina, Denmark dan Indonesia.
                                                                 Setiap  tempat  memiliki  keunikan  dan  tarikannya
                                                                 yang tersendiri serta pemandangan indah yang
                            Odense, Denmark                      mampu memberi kepuasan terhadap dirinya.

 20     Ikon                                                21                                          D ESTINASI
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28