Page 20 - Destinasi 52 pages
P. 20
dan tempahan boleh dibuat di laman web Skyscanner
atau Traveloka. Kedua-dua laman web ini melampirkan
keseluruhan harga penerbangan dari pelbagai
syarikat penerbangan untuk membuat perbandingan.
Musim yang paling murah untuk membeli
tiket penerbangan ke Taiwan adalah dari
November hingga Jun dengan harga promosi
RM523 hingga RM658. Namun begitu, tambang
penerbangan untuk bulan Julai hingga Oktober
lebih mahal sempena perlancongan musim
panas di Taiwan.
Kaohsiung Maritime
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TAIWAN
Ximending
Ximending merupakan lokasi yang melambangkan
fesyen dan budaya Jepun. Tempat ini merupakan
syurga membeli-belah yang digemari oleh golongan
remaja kerana tempat ini penuh dengan kedai-kedai
pakaian, restoran, kelab dan bar. Ximending
ditubuhkan sejak era penjajahan Jepun. kini, tempat
ini telah berkembang menjadi ikon budaya dengan
inspirasi yang diambil daripada negara Jepun.
National Palace Muzium
National Palace Muzium merupakan sebuah muzium
terbaik di dunia. Muzium ini mengumpulkan hampir
700,000 buah artifak diraja dan karya seni yang
berusia seribu tahun ke atas. Pengaruh Islam
dalam sejarah China dapat dibuktikan dengan
kewujudan tempat tumpuan pelancong ini. Mereka
yang berminat dalam budaya dan sejarah China
digalakkan untuk melawat ke National Palace
Muzium.
Yangmingshan National Park
Yangmingshan National Park terletak di bandar
Taipei. Tarikan tempat ini ialah kepelbagaian mata
air panas yang terkenal di peringkat antarabangsa,
tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar, serta laluan
mendaki yang indah. Tempat-tempat yang digemari
oleh pelancong di Yangmingshan National Park ialah
Yangming Park, Flower Clock, dan Liuhuanggu
Sulfur Lake.
Taiwan 18 D ESTINASI 19