Page 28 - Destinasi 52 pages
P. 28
F LOATING MARKET
Chan Sock Chen
sockchenchan_520@yahoo.com
Pasar Apung Terbesar di Asia Tenggara
Damnoen Saduak Floating Market
Setiap kali berbicara mengenai negara Thailand pastinya akan membayangkan banyak pasar apung yang
terkenal di negara tersebut. Antara pasar apung yang menjadi tarikan utama ialah Damnoen Saduak Floating
Market yang merupakan pasar apung terbesar di Asia Tenggara.
Damnoen Saduak Floating Market berada di daerah Damnoen Saduak dalam wilayah Ratchaburi, iaitu terletak
di 100 kilometer di bahagian barat daya kota Bangkok. Pasar apung yang sepanjang 32 kilometer ini memiliki
lebih daripada 200 cabang anak sungai. Tujuan asas anak-anak sungai itu adalah untuk menghubungkan Sungai
Mae Klong dengan Sungai Tha Chin bagi aktiviti-aktiviti pengangkutan, pertanian dan juga perdagangan. Walau
bagaimanapun, pasar apung ini lebih fokus kepada aktiviti pelancongan yang disokong oleh penduduk-penduduk
tempatan serta pelancong-pelancong asing.
Keistimewaan pasar apung ini ialah segala aktiviti jual beli dilakukan di atas perahu. Pengunjung boleh
menyewa perahu motor di sepanjang jalan gerbang masuk. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman
yang dijual oleh penjual-penjual di atas perahu kecil serta pengunjung juga dapat membeli beraneka kraf
tangan dan cenderamata tempatan Thailand seperti dompet, pakaian dan perhiasan. Waktu paling sibuk
di Damnoen Saduak Floating Market adalah pada waktu pagi dengan para penjual dan pembeli turut boleh
melakukan proses tawar menawar semasa membeli belah.
Thailand 26 D ESTINASI 27