Page 29 - Destinasi 52 pages
P. 29
Asiatique The Riverfront
Pasar Malam Syurga Makanan
Selain itu, Asiatique The Riverfront merupakan
transformasi gudang pelabuhan sungai yang
diinovasikan menjadi sebagai pasar malam. Pasar ini
terletak di tepi sungai dan terdapat hampir 1,500
gerai di sekitar premis tersebut yang menawarkan
pelbagai jenis barangan seperti pakaian, hiasan fesyen
serta kraf tangan tempatan yang khas. Tip yang berguna
bagi para pengunjung semasa membeli belah di
sini, iaitu berusaha untuk tawar-menawar dengan
penjual agar mendapat harga yang lebih rendah. Di Teater ladyboy ‘Calypso’
samping itu, Asiatique The Riverfront juga merupakan
syurga makanan di mana terdapat 40 restoran di
sekitar premis ini. Antaranya, makanan Thai,
Japan, Itali, Korea, Turki dan lain-lain.
Pelbagai aktiviti hiburan yang menarik juga dapat
dilakukan di Asiatique The Riverfront seperti teater
ladyboy ‘Calypso’ dan teater laga aksi ‘Muay Thai Live’.
Tarikan lain yang terdapat di sana ialah ferris wheel
dengan ketinggian 60-meter dan pengunjung dapat
melihat serta menikmati pemandangan kota Bangkok
yang menawan hati. Teater laga aksi ‘Muay Thai Live’.
26 Thailand 27 D ESTINASI