Page 39 - e-BEST
P. 39
[ K-BeST ]
13.3 CARA PEMBAYARAN ELAUN :-
13.3.1 Elaun MDAB akan dibayar terus ke akaun Bank Islam setiap pelajar secara
berperingkat mengikut jadual pembayaran dan kadar yang telah
ditetapkan oleh Bahagian Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari UiTM Shah
Alam
13.3.2 Bagi pelajar yang belum mempunyai akaun Bank Islam, pihak Pejabat
Bendahari UiTM Shah Alam akan membuka akaun untuk pelajar–pelajar
tersebut secara ‘bulk’ untuk memudahkan pembayaran elaun MDAB.
13.3.3 Pelajar Program MDAB perlu membuat pengesahan di Bank Islam Cawangan
supaya ‘link' kan dengan akaun Bank Islam sedia ada (sekiranya telah buka
akaun Bank Islam sendiri) untuk tujuan pengeluaran elaun.
13.4 PELAJAR TAJAAN JAKOA :-
13.4.1 Bagi pelajar yang berketurunan orang asli, mereka boleh membuat
permohonan untuk mendapatkan tajaan daripada Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) sepanjang tempoh pengajian. Untuk maklumat lanjut sila
layari laman web JAKOA spt berikut: www. jakoa.gov.my
13.4.2 Pelajar yang mendapat tajaan JAKOA tidak layak dibayar elaun oleh UiTM
kerana pengajian mereka ditaja sepenuhnya oleh JAKOA.
13.5 PELAJAR YANG MENARIK DIRI DARI PROGRAM MDAB
13.5.1 Pelajar yang menarik diri daripada program MDAB atas sebab-sebab
tertentu perlu memaklumkan kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik /
Koordinator Program MDAB UiTM Cawangan Johor.
*Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
Pejabat Bendahari UiTMJ | 39