Page 41 - e-BEST
P. 41
[ K-BeST ]
14.0 BAYARAN HONORARIUM
“Bayaran Saguhati kepada pegawai kerajaan yang memberi syarahan/ceramah
secara sambilan atau menjadi fasilitator sambilan dalam kursus/bengkel/majlis
rasmi yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan”
14.1 Penceramah Luar (Kakitangan Swasta)
Bayaran dibuat selepas program
Terus masuk ke akaun penceramah
Dokumen yang diperlukan:-
Pengesahan kerja
Surat jemputan kepada penceramah yang ditandatangani oleh Timbalan
Rektor HEA / HEP
Biodata penceramah
*Borang Honorarium
Surat kelulusan program
Borang C HEP / Borang TAPA HEA / Kertas Kerja
Prosedur bayaran
1. Sebelum program
i. Dapatkan *Borang Honorarium daripada Pejabat Bendahari / muat
turun dari laman web http://johor.uitm.edu.my/v2/muat-turun-
bendahari
ii. Borang diisi oleh pemohon / penceramah
2. Selepas program
i. Isikan *Borang Pengesahan kerja yang ditandatangani oleh Penasihat
Persatuan (penyedia), Pen. Pendaftar HEP/HEA (penyemak) dan
Timbalan Rektor HEP/HEA (pengesahan).
ii. Dokumen lengkap boleh dihantar ke Pejabat Bendahari ( *Borang
Pengesahan Kerja, Borang Butir Peribadi Penerima Honorarium, Surat
Jemputan Sebagai Penceramah, Biodata Penceramah dan surat
kelulusan program beserta implikasi kewangan).
iii. Bayaran yang lengkap diterima di Pejabat Bendahari akan diproses
dalam tempoh 7 hari.
*Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
Pejabat Bendahari UiTMJ | 41