Page 13 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 13
Pengurusan Sekolah 2020
Dari segi pembangunan fizikal, keseluruhan bangunan sekolah telah dicat dengan dana derma
yang diusahakan. Anjung Ilmu telah dibina pada 2013 dan digunakan pada awal September 2014 untuk
memudahkan pelajar berbincang dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, kantin baru dengan keluasan
65 x 33 kaki persegi telah siap dibina dan mula digunakan pada bulan Februari 2015. Bahkan kantin
sekolah yang sedia ada telah dinaik taraf pada bulan Julai 2015. Bangunan makmal komputer dan
bengkel Sains Pertanian juga telah diselenggara dan dinaiktaraf menjelang akhir 2015. SMKSP juga
menyediakan selengkapnya meja dan kerusi makan ala KFC sebanyak 142 unit melalui sumbangan
derma. Selain itu, tembok pagar batu sepanjang 100 meter dibina di sekeliling sekolah bagi
menggantikan pagar asal. Jubin dan mozek kantin sekolah telah diganti. Langsir bilik darjah juga
diseragamkan dengan warna dan corak yang sama. Di samping itu, papan-papan kenyataan kelas
dibaikpulih dan diseragamkan. Bangunan-bangunan dan meja tulis sekolah juga dicat dengan warna
baharu.
Inisiatif daripada pihak pengurusan dengan kerjasama guru-guru dan PIBK diharapkan dapat
memastikan semua pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan dapat memberi impak maksimum
kepada kemenjadian murid dan seterusnya kecemerlangan sekolah ini dalam segala aspek.
KRONOLOGI PENGETUA SMKSP DARI TAHUN 1997 HINGGA 2020
BIL TAHUN PENGETUA TARIKH PERKHIDMATAN
(1997-2000)
1 1997 Tuan Haji Mohd Amin Bin Anis
3 tahun
(2001-2008)
2 2001 Puan Hajah Rahmah Binti Muhammad
7 tahun
(2008-2012)
3 2008 Puan Hajah Maimon Binti Idris
4 tahun dan bersara di SMKSP
(2013-2019)
4 2013 Puan Hajah Subaidah Binti Haleed
6 tahun
5 2019 Puan Chan Wei May 2019 hingga kini
5