Page 219 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 219

Lampiran






                                        PETIKAN PEKELILING IKHTISAS KPM

              1.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 :
                  Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

                  i.   Dibaca  bersama-sama  dengan  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil.  6/1985  bertarikh  9  Mei  1985
                       mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-
                       lain  Pegawai  Dan  Kakitangan  Perkhidmatan  Pelajaran  Di  Pejabat  Pelajaran  Daerah  Atau
                       Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan
                       peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-
                       pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985
                       bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

                  ii.  Pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai
                       awam.

                  iii.  Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan
                       berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu
                       lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai
                       dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.

              2.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1981 :
                  Ketetapan Masa di Sekolah-Sekolah

                 i.    Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan sekolah serta para pelajar dikehendaki
                       berada  di  sekolah  sekurang-kurangnya  lima  minit  sebelum  sekolah  bermula.  Bagaimanapun,
                       guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

                 ii.   Adalah  menjadi  tanggungjawab  guru-guru  untuk  mengamalkan  ketepatan  masa  sepanjang
                       waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah
                       untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

                iii.   Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan
                       tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah.

                iv.    Kaum guru, khasnya, hendaklah memberi contoh tauladan yang baik sekiranya mereka ingin
                       menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan pelajar mereka.

              3.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2009 :
                  Panduan  Keselamatan  Diri  Pelajar  Semasa  Pengajaran  Pendidikan  Jasmani  dan  Kesihatan  serta
                  Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

                 i.   Kemalangan  yang  berlaku  didapati  telah  membawa  kepada  kecederaan  dan  kematian  pelajar
                     kerana terhempap palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam
                     tangki najis. Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
                     sekolah  telah  mengabaikan  aspek  keselamatan  yang  sepatutnya  sentiasa  diberi  perhatian  dan
                     keutamaan.

                ii.   Langkah-langkah  keselamatan  perlu  diwujud  dan  diamalkan  untuk  mengelak  atau  mengawal
                     sebarang  kemungkinan  berlakunya  kemalangan  di  kalangan  murid  ketika  menjalani  aktiviti  di
                     sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau
                     sukan.


                                                                                                             203
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224