Page 220 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 220

Lampiran


                iii.   Sentiasa  berwaspada  terhadap  kemungkinankemungkinan  yang  boleh  berlakunya  kejadian-
                     kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk
                     mengelakkannya.

              4.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2011 :
                  Pelaksanaan  Dasar  Memartabatkan  Bahasa  Malaysia  Memperkukuhkan  Bahasa  Inggeris
                  (MBMMBI)

                 i.   Surat Pekeliling ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan Dasar Memeartabatkan Bahasa Malaysia
                     Memperkukuhkan  Bahasa  Inggeris  (MBMMBI).  Pada  prinsipnya,  surat  pekeliling  ini  masih
                     mengekalkan  keputusan  dasar  yang  dibuat  oleh  Jemaah  Menteri  pada  8  Julai  2009,  iaitu
                     mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsaan.

                ii.   Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti
                     pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau tahun 2010 meneruskan
                     penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.

                iii.   Dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010
                     berkaitan Pelaksanaan Dasar Memartabakan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
                     (MBMMBI) adalah dibatalkan.

              5.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 :
                  Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

                 i.   Dimaklumkan  bahawa  dalam  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pembangunan  Sukan  Sekolah  yang
                     dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Mentari merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac
                     2010 telah memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai 2011 di semua sekolah
                     KPM.

                ii.   Surat  Pekeliling  Ikhtisas  ini  adalah  dikeluarkan  dengan  tujuan  untuk  memberi  makluman  awal
                     kepada  semua  sekolah  mengenai  pelaksanaan  Dasar  1M1S  dapat  mencapai  matlamat  yang
                     ditentukan, pihak pentadbir sekolah adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut
                     dipatuhi :-
                     a.  Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
                         hendaklah  WAJIB  didaftarkan  untuk  mengambil  bahagian  dalam  sekurang-kurangnya  satu
                         jenis  sukan  daripada  pelbagai  jenis  sukan  yang  ditawarkan  oleh  pihak  sekolah  atau  yang
                         dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
                     b.  Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah
                         secara  sistematik  supaya  dapat  meningkatkan  penyertaan  dan  membantu  dalam
                         perkembangan potensi setiap murid dalam sukan.
                     c.  Pihak  sekolah  hendaklah  mengoptimumkan  penggunaan  kemudahan,  peralatan  dan
                         kepakaran  yang  sedia  ada  di  sekolah  atau  kawasan  persekitaran  dengan  mengutamakan
                         keselamatan murid.
                     d.  Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak
                         luar bagi program pembangunan sukan di sekolah.
                     e.  Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun seperti yang
                         disarankan dalam surat siaran bertarikh 14 Januari 2010.









                                                                                                             204
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224