Page 12 - Buku Pengurusan 2020 SMKSP
P. 12

Pengurusan Sekolah 2020

















                                             SEJARAH SEKOLAH

                      SMK Seri Perling, Johor Bahru mula ditubuhkan pada 1 Januari 1995 dengan ditumpangkan di
               bawah  SMK  Seri  Rahmat.  Seterusnya  SMK  Seri  Perling  ditumpangkan  di  Sekolah  Kebangsaan  Seri
               Perling (2) bagi sesi petang sahaja selama 2 tahun. Kemudian, SMK Seri Perling dibina di atas Lot 36625
               dengan  keluasan  9.72  ekar.  Pada  5  Januari  1995,  560  orang  pelajar  telah  didaftarkan  di  Tingkatan
               Peralihan 1 dan 2.  Seramai 19 orang guru dari SMK Seri Rahmat ditempatkan di sekolah ini dengan
               diketuai oleh seorang Penyelia Petang. Pada 1 Januari 1997, bermulanya sesi persekolahan di tapak
               sekarang dengan penambahan Tingkatan 4 Sastera. Pada tahun 1997, beberapa perkara penting telah
               dicatatkan  dalam  sejarah  sekolah  iaitu  Mesyuarat  Agung  PIBG  telah  diadakan    buat  julung  kalinya.
               Majalah sekolah yang bernama ‘Dinamik’ juga telah diterbitkan pada tahun yang sama. Dewan sekolah
               pula telah digunakan dan dinamakan ‘Ibnu Sina’. Begitu juga acara Sukan Tahunan telah diadakan pada
               tahun 1997. Pada tahun 1998 pula, aliran Sains telah mula diwujudkan.

                      Seterusnya pada April 2001, Koperasi SMKSP mula beroperasi. Pada Jun 2002, SMKSP telah
               dinaik  taraf  sebagai  Sekolah  Menengah Gred  A. 4 orang  Guru  Kanan  Mata Pelajaran  telah  dilantik.
               Pada tahun 2003, SMKSP telah ditawarkan subjek aliran MPV Landskap dan Perabot. Pada 29 Julai
               2003, satu rombongan KPPM telah melawat SMKSP untuk meninjau pelaksanaan MPV. Sejajar dengan
               perkembangan teknologi, SMKSP telah mewujudkan makmal komputer pada November 2004. Makmal
               ini mempunyai 2 bilik dilengkapi dengan 40 buah komputer. Pada Mac 2005, surau SMKSP telah mula
               dibina  dan  telah  digunakan  secara  rasminya  pada  Jun  2006.  Pembinaan  surau  SMKSP  ialah  hasil
               kerjasama  pihak  sekolah  dan  PIBG.  Pada  Januari  2008,  kelas-kelas  Rancangan  Khas  telah  mula
               ditawarkan. Pada 2008 juga kerja-kerja pembinaan dua blok baharu juga giat diusahakan dan projek ini
               siap sepenuhnya pada tahun 2010. Blok baharu iaitu Blok G mempunyai 3 tingkat bangunan. Antara
               kemudahan  yang  terdapat  di  Blok  G  ini  adalah  seperti  pejabat,  sebuah  bilik  mesyuarat,  bilik  guru
               kanan,  bilik  guru,  5  buah  tandas,  9  bilik  darjah,  sebuah  studio  PSV  dan  sebuah  bilik  Intervensi.
               Kemudian pada tahun 2009, SMKSP telah terpilih oleh Syarikat Seagate International untuk program
               pembangunan insan.

                      SMKSP  telah  dianugerahkan  sebagai  sekolah  ‘showcase’  sekolah-sekolah  Negeri  Johor  oleh
               Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 3 April 2018. Pada tahun yang sama sekolah telah menerima
               banyak lawatan penandaarasan antaranya dari Tuan Pengarah, Ketua Sektor, pegawai-pegawai JPN,
               pegawai-pegawai  PPDJB,  pegawai-pegawai  KSPPD,  SIP+  dan  SIC+  dari  PPD  Banting  dan  Pudu  Kuala
               Lumpur juga guru- guru sekolah-sekolah daerah Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu,
               SMKSP  dipilih  sebagai  IKON  PIBK  oleh  JPN  pada  tahun  2016.  Paling  membanggakan,  lawatan  kerja
               KPPM iaitu YB Dato’ Seri Khair Bin Mohamad Yusof sendiri datang meninjau pelaksanaan PdP PAK 21
               pada 26 Ogos 2015. SMKSP telah menerima respons dan maklum balas yang positif daripada semua
               lawatan ini.











                                                                                                                4
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17