Page 13 - Buku Pengurusan 2020 SMKSP
P. 13

Pengurusan Sekolah 2020


















                      Dari segi pembangunan fizikal, keseluruhan bangunan sekolah telah dicat dengan dana derma
               yang diusahakan. Anjung Ilmu telah dibina pada 2013 dan digunakan pada awal September 2014 untuk
               memudahkan pelajar berbincang dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, kantin baru dengan keluasan
               65 x 33 kaki persegi telah siap dibina dan mula digunakan pada bulan Februari 2015. Bahkan kantin
               sekolah  yang  sedia  ada  telah  dinaik  taraf  pada  bulan  Julai  2015.  Bangunan  makmal  komputer  dan
               bengkel  Sains  Pertanian  juga  telah  diselenggara  dan  dinaiktaraf  menjelang  akhir  2015.  SMKSP  juga
               menyediakan  selengkapnya  meja  dan  kerusi  makan  ala  KFC  sebanyak  142  unit  melalui  sumbangan
               derma.  Selain  itu,  tembok  pagar  batu  sepanjang  100  meter  dibina  di  sekeliling  sekolah  bagi
               menggantikan  pagar  asal.  Jubin  dan  mozek  kantin  sekolah  telah  diganti.  Langsir  bilik  darjah  juga
               diseragamkan  dengan  warna  dan  corak  yang  sama.  Di  samping  itu,  papan-papan  kenyataan  kelas
               dibaikpulih dan diseragamkan. Bangunan-bangunan dan meja tulis sekolah juga dicat dengan warna
               baharu.

                      Inisiatif daripada pihak pengurusan dengan kerjasama guru-guru dan PIBK diharapkan dapat
               memastikan semua pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan dapat memberi impak maksimum
               kepada kemenjadian murid dan seterusnya kecemerlangan sekolah ini dalam segala aspek.

                            KRONOLOGI PENGETUA SMKSP DARI TAHUN 1997 HINGGA 2020

                   BIL    TAHUN                 PENGETUA                     TARIKH PERKHIDMATAN

                                                                                  (1997-2000)
                    1      1997    Tuan Haji Mohd Amin Bin Anis
                                                                                    3 tahun

                                                                                  (2001-2008)
                    2      2001    Puan Hajah Rahmah Binti Muhammad
                                                                                    7 tahun
                                                                                  (2008-2012)
                    3      2008    Puan Hajah Maimon Binti Idris
                                                                           4 tahun dan bersara di SMKSP

                                                                                  (2013-2019)
                    4      2013    Puan Hajah Subaidah Binti Haleed
                                                                                    6 tahun

                    5      2019    Puan Chan Wei May                             2019 hingga kini













                                                                                                                5
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18