Page 133 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 133

PENGKOMPAUNAN



                       11.4 Penyampaian dan Penyerahan Notis Tawaran

                              Kompaun


                              a. Notis Tawaran Kompaun bersama-sama suatu Surat

                                 Iringan  Kompaun  diserahkan  kepada  OKK  (pihak
                                 IPTS         atau        orang         perseorangan)             dengan

                                 menghantarnya  secara  Pos  Berdaftar  dalam  suatu

                                 surat yang telah pun dijelaskan bayaran posnya yang
                                 dialamatkan kepada OKK.



                              b. Penyampaian  sesuatu  notis  tawaran  kompaun
                                 tersebut  adalah  tertakluk  kepada  seksyen  94  Akta

                                 555;


                                   (1)  Apa-apa  notis,  perintah,  dokumen  atau

                                   perhubungan lain yang dikehendaki diberikan atau
                                   disampaikan  di  bawah  Akta  ini  kepada  institusi

                                   pendidikan tinggi swasta boleh, melainkan jika cara

                                   penyampaian yang lain ditetapkan, dihantar melalui
                                   pos berdaftar.



                                   (2)  Maka  hendaklah  disifatkan  bahawa  notis,
                                   perintah,  dokumen  atau  apa-apa  perhubungan  itu

                                   telah  disampaikan  pada  hari  yang  berikutan  hari
                                   notis,  perintah,  dokumen  atau  perhubungan  itu

                                   sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos.


                                   (3)  Jika  seseorang  yang  kepadanya  suatu  surat

                                   berdaftar  di  bawah  subseksyen  (1)  dialamatkan,



                                                                 Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                            Jabatan Pendidikan Tinggi | 19
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138