Page 135 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 135
PENGKOMPAUNAN
bayaran tersebut hendaklah bermula daripada tarikh
penerimaan notis oleh OKK.
b. Semua kutipan hasil kompaun hendaklah dimasukkan
ke dalam Kod Hasil 76102, iaitu hasil Kutipan
Kompaun.
c. Wang bayaran kompaun hendaklah dibayar ke dalam
dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan selaras dengan subseksyen
86(5) Akta 555.
d. Prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan
Perbendaharaan berhubung dengan kutipan hasil
kompaun hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
e. Bagi setiap bayaran kompaun, satu resit rasmi (Kew.
38E) dan satu resit bayaran kompaun sebagaimana
Borang B, Jadual Ketiga, Subperaturan 4(3),
Peraturan 4 Peraturan-peraturan Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (Peraturan Pengkompaunan)1997
hendaklah dikeluarkan kepada OKK dan diserahkan
menerusi pos berdaftar.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 21