Page 181 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 181
PENDAKWAAN
(5) Pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran
kepada mana-mana orang untuk memeriksa buku,
buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang
sama ada dalam bentuk fizikal atau medium
elektronik yang ditahan dan diambil milik oleh
pegawai penyiasat di bawah subseksyen (2) jika
orang itu berhak di bawah Akta ini untuk memeriksa
buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau
barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium
elektronik.
Seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai
menghadkan atau menyentuh apa-apa kuasa yang
serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di
bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
lain.
4.4 Memulakan dan Menjalankan Pendakwaan
Seksyen 87, Akta IPTS 1996 [Akta 555]
(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua
Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar,
Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak
rendah daripada Inspektor, hendaklah diberi
kuasa untuk hadir di dalam mahkamah –
(a) Bagi menjalankan apa-apa pendakwaan
berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini; atau
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 10