Page 184 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 184

PENDAKWAAN

                        5.2 Peringkat Proses Pendakwaan



                              5.2.1  Sebelum Pendaftaran Pertuduhan Kes



                              (1)      Kertas Siasatan yang telah lengkap perlu

                                       dikemukakan  kepada  TPR  bagi  mendapatkan
                                       keputusan. Sekiranya TPR meminitkan tindakan

                                       pendakwaan ke atas tertuduh, IO perlu

                                       memulakan            proses         pendaftaran           kes       di
                                       mahkamah.



                              (2)      PO / TPR akan membawa dan melaksanakan kes
                                       pada hari sebutan pertuduhan di mahkamah.


                              (3)    Berikut merupakan tindakan-tindakan  yang perlu

                                       diambil oleh IO bagi proses  pendaftaran kes

                                       pendakwaan di mahkamah:


                                      i.  Meneliti semula  minit keputusan yang dibuat

                                           oleh TPR.


                                     ii.  Memeriksa dan memastikan barang kes

                                           (eksibit) di stor barang kes  bagi kes yang
                                           hendak didakwa dalam keadaan selamat, tidak

                                           rosak dan kuantiti yang cukup  sepertimana

                                           semasa eksibit disimpan.


                                    iii.  Mendapatkan maklumat terkini syarikat pemilik

                                           IPTS berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat
                                           Malaysia (SSM).





                                                                  Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                            Jabatan Pendidikan Tinggi | 13
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189