Page 189 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 189
PENDAKWAAN
(7) Ketika penyerahan borang saman, IO dan OKT /
Wakil OKT perlu menurunkan tandatangan di
bahagian belakang ketiga-tiga borang Saman
sebagai tanda penyerahan dan penerimaan
dokumen Saman berkenaan.
(8) IO perlu mengenal pasti saksi-saksi yang akan
dipanggil ke mahkamah untuk diambil keterangan
bagi membuktikan elemen.
(9) IO perlu memastikan semua eksibit berkaitan kes
adalah lengkap dan tersusun bagi tujuan
pembuktian keterangan di mahkamah.
5.2.3 Semasa Hari Sebutan Kes Di Mahkamah
(1) IO perlu menghubungi OKT bagi memastikan OKT
hadir ke mahkamah pada hari dan waktu sebutan
yang ditetapkan. Sekiranya OKT tidak dapat hadir,
wakil OKT yang hadir perlu membawa bersama
surat kuasa sebagai wakil OKT untuk diserahkan
kepada TPR.
(2) IO hadir ke mahkamah dengan membawa Kertas
Siasatan dan eksibit kes bagi pembuktian kes
berkenaan.
(3) IO mencatat keputusan yang dibuat oleh
mahkamah bagi kes berkenaan. Keputusan
mahkamah boleh terbahagi kepada dua (2) iaitu:
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 18