Page 211 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 211
PENDAKWAAN
6.6.3 Terdapat tiga jenis Sapina iaitu:
a. Subpoena ad testificandum – sapina untuk
memberikan keterangan
b. Subpoena duces tecum – sapina untuk
mengemukakan dokumen
c. Subpoena ad testificandum and duces tecum –
sapina untuk memberikan keterangan dan
mengemukakan dokumen.
6.6.4 Seseorang boleh menerima sama ada Sapina untuk
memberikan keterangan, mengemukakan dokumen atau
kedua-duanya sekali.
6.6.5 Individu yang menerima Sapina hendaklah hadir ke
mahkamah ataupun mengemukakan dokumen seperti
yang dikehendaki pada tarikh, masa dan tempat yang
ditetapkan.
6.6.6 Sekiranya beliau tidak hadir pada tarikh dan masa yang
ditetapkan tanpa alasan munasabah, waran tangkap
akan dikeluarkan oleh mahkamah.
6.6.7 Sapina baharu hendaklah dimohon sekiranya saksi
dikehendaki untuk hadir ke mahkamah pada tarikh lain.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 40