Page 216 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 216
PENDAKWAAN
7 ETIKA MAHKAMAH
7.1 Etika menghadiri perbicaraan di mahkamah
a. Berada di dalam bilik bicara sebelum pukul 9.00
pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh
mahkamah.
b. Bangun dan tunduk hormat apabila Hakim /
Majistret masuk dan meninggalkan bilik bicara.
c. Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding
yang sedang berjalan.
d. Dilarang membuat bising semasa mahkamah
bersidang.
e. Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar
dari mahkamah yang sedang bersidang.
f. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk dibawa ke
dalam mahkamah kecuali jika diarahkan oleh
mahkamah.
g. Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
h. Sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio
atau visual adalah tidak dibenarkan.
i. Telefon bimbit dan alat-alat elektronik lain yang
boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.
j. Berpakaian sopan dan duduk dengan tertib.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 45