Page 218 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 218
PENDAKWAAN
BAHAGIAN B: MANUAL E-FILING DI BAWAH E-KEHAKIMAN
8 SIGNIFIKAN PENGGUNAAN SISTEM E-FILING (EFS) DI
BAWAH E-KEHAKIMAN
Sistem e-Filing (EFS) di bawah e-Kehakiman adalah satu
inisiatif baharu pengoperasian secara digital (paperless) yang
diperkenalkan pada 1 Mac 2012. Ianya bertujuan untuk
memudahkan dan mempercepatkan sistem pendaftaran dan
pengurusan kes di pihak Mahkamah.
Manual panduan pendaftaran ini bertujuan untuk membantu
pengguna EFS di JPT khususnya di BPI untuk memohon dan
mengaplikasikan Sijil Digital bagi tujuan pendaftaran kes
pendakwaan di Mahkamah dan mendapatkan tarikh sebutan
kes.
9 PENDAFTARAN PENTADBIR EFS DAN KEPERLUAN
MEMBUAT PEMFAILAN
9.1 Seorang Pentadbir EFS perlu didaftarkan dalam
e-Kehakiman. Pentadbir EFS di BPI ialah Ketua Seksyen
Penguatkuasaan.
9.2 Pendaftaran Pentadbir EFS perlu dikemukakan kepada
Bahagian e-Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 47