Page 50 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 50
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
E Risikan (Jika Perlu)
Risikan boleh dilaksanakan jika perlu berdasarkan kepada aduan /
maklumat / FIR yang diterima. Tujuan risikan dibuat adalah untuk
mendapatkan maklumat berkualiti bagi membantu aktiviti
pemeriksaan dijalankan.
Risikan boleh dibuat melalui pelbagai cara. Antaranya adalah
seperti berikut:
i. Maklumat daripada pengadu.
ii. Maklumat dari pihak lain (Bahagian Standard Swasta (BSS) /
e-IPTS dll)
i. Pemerhatian di lokasi premis.
ii. Laman web.
iii. Media sosial IPTS yang disyaki melakukan kesalahan di
bawah akta.
iv. Pihak lain yang berpotensi untuk memberi maklumat
berkenaan kes.
Antara maklumat berkualiti yang boleh diperolehi adalah profil
IPTS / syarikat, kursus yang ditawarkan, maklumat pelajar,
maklumat tenaga pengajar, lokasi premis, aktiviti IPTS / syarikat
dan individu yang bertanggungjawab.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |43