Page 53 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 53

PEMERIKSAAN & PENYIASATAN



                   A         CRO Memperkenalkan Diri dan Pasukan Pemeriksa



               Apabila  tiba  di  lokasi  IPTS  (kes)  yang  diadukan,  CRO

               bertanggungjawab untuk memperkenalkan diri dan pasukannya

               kepada  wakil  IPTS sebelum  pemeriksaan  dijalankan. Kaedah
               memperkenalkan diri adalah seperti berikut:



               i.  Menunjukkan kad kuasa kepada  wakil IPTS tetapi jangan
                     sesekali memberikan kepadanya untuk melihat dan

                     memegang kad kuasa tersebut. Cukup dengan hanya

                     menunjukkannya sahaja.


               ii.  Sekiranya wakil IPTS mohon untuk melihat semua kad kuasa
                     pasukan pemeriksa, CRO hendaklah mengarahkan seluruh

                     pasukannya menunjukkan kad kuasa kepada wakil IPTS.


               iii.  Menyatakan  punca  kuasa  pemeriksaan  dilakukan  di  bawah

                     Akta 555 (Sekiranya pemeriksaan dipertikaikan).


               iv.  Memberitahu kepada  wakil IPTS tujuan hadir untuk

                     menjalankan pemeriksaan di IPTS tersebut.


               v.  CRO  hendaklah  memberitahu  kepada  wakil  IPTS  untuk

                     berjumpa dengan pegawai  yang bertanggungjawab di IPTS.
                     Pegawai tersebut hendaklah  mempunyai kuasa untuk

                     sebarang  capaian  /  pengeluaran  dokumen  dan  menjawab

                     pertanyaan  mengenai  operasi  IPTS  bagi  membantu
                     pemeriksaan. Antara pegawai bertanggungjawab yang boleh

                     membantu pemeriksaan dijalankan adalah seperti berikut:


                                                                 Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                             Jabatan Pendidikan Tinggi |46
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58