Page 85 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 85
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
B Semakan Semula Barang Kes Oleh CRO & IO
Tujuan semakan semula barang kes adalah untuk mengelakkan
sebarang keciciran atau kehilangan barang kes yang disita.
Semakan dibuat dengan merujuk senarai barang kes di dalam
Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan (KPT 66C). Apabila
selesai semakan dibuat CRO hendaklah menyerahkan barang kes
kepada IO untuk disimpan.
C Laporan Pemeriksaan
CRO bertanggungjawab menyediakan satu laporan pemeriksaan
yang lengkap dan dihantar kepada TP. Elemen-elemen penting
yang perlu dimasukkan di dalam laporan pemeriksaan adalah
seperti berikut:
a. Aduan dan sumber aduan.
b. Nama tempat, lokasi, tarikh dan masa pemeriksaan.
c. Wakil IPTS yang dirujuk dan pegawai terlibat dengan
pemeriksaan.
d. Tindakan dan hasil dapatan yang dibuat semasa pemeriksaan
dijalankan.
e. Seksyen kesalahan di bawah Akta 555 yang dilakukan oleh
IPTS.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |78