Page 89 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 89
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
7.2 Kertas Siasatan (IP)
Merujuk kepada seksyen 120 Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593],
IP merupakan satu laporan rasmi yang disediakan oleh IO di atas
penyiasatannya ke atas sesuatu kes. Tujuannya adalah untuk
mengumpulkan keterangan (bukti) terhadap Orang Kena Tuduh
(OKT) atau Orang Kena Saman (OKS). IP yang lengkap akan
dimajukan kepada pihak atasan (termasuk TPR) bagi tindakan
selanjutnya.
Arahan buka IP adalah daripada Pendaftar (P) setelah ada
dibuktikan kesalahan di bawah Akta 555 oleh pasukan
pemeriksaan. IP yang dibuka perlu didaftar dalam Buku Rekod
Daftar IP dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Buku Rekod Daftar
IP mestilah mengandungi butir-butir berikut:
i. Tarikh Kertas Siasatan dibuka
ii. No. Siri Kertas Siasatan
iii. Sekyen Kesalahan
iv. Nama Pegawai Penyiasat
v. No. Aduan Polis
vi. Nama & Alamat IPTS
vii. Butiran Sitaan
Setiap IP yang dibuka akan mempunyai No. Daftar IP. Contoh No.
Daftar IP – BPI / IP / 2007 / 34 / KNS (BPI / IP / Tahun semasa /
Bil. IP semasa / Nama Singkatan IO).
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |82