Page 92 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 92
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
BIL. PERKARA TINDAKAN IO
iv. Dokumen (bukti) yang menjurus
kepada kes
v. Keterangan ringkas saksi yang
diambil menjurus kepada kes
3. Folio A – An Dokumen laporan polis dan ditandakan
sebagai A. Jika laporan polis dibuat lebih
daripada 1 maka tandaan bagi setiap
laporan polis tersebut akan bermula
dengan A, AA, ….., An.
4. Folio A1 - An Dokumen RPS yang diambil keterangan
dan ditandakan sebagai A1. Jika RPS
yang diambil lebih daripada 1 saksi maka
tandaan bagi setiap RPS tersebut akan
bermula dengan A1, A2, ….., An.
5. Folio B1 - Bn Dokumen Rakaman Percakapan OKT
yang diambil keterangan dan ditandakan
sebagai B1. Jika keterangan yang
diambil lebih daripada 1 maka tandaan
bagi setiap keterangan tersebut akan
bermula dengan B1, B2, ….., Bn.
6. Folio C1 - Cn Diari Siasatan (ID) IO dan ditandakan
sebagai C1. Jika IO yang dilantik bagi
sesuatu kes lebih daripada seorang
maka tandaan bagi setiap ID akan
bermula dengan C1, C2, ….., Cn.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |85