Page 4 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan fokus yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
FALSAFAH SEKOLAH
Bahawa sekolah ini mempunyai tenaga dan keupayaan untuk memberikan kemahiran dan
kepimpinan kepada murid-murid demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Bahawa murid-murid sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang dari
segi rohani,jasmani dan intelek.Oleh itu,peluang seluasnya diberikan untuk melahirkan
modal insan yang berhemah tinggi dan mulia.
Bahawa sekolah ini menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal untuk keselesaan murid-
murid dan tenaga pengajar demi mempertingkatkan pencapaian mereka ke arah
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi melahirkan 6 Aspirasi Murid.
4