Page 8 - Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang – JBA7026
P. 8

SEJARAH  SEKOLAH

                   Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang atau nama ringkasnya SK Kampong Tenang,
               merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di alamat Mini Pos Pekan Air Panas.


               Sekolah ini mula dibuka pada 9 Mac 1930 dengan nama Sekolah Melayu Tenang dipimpin
               oleh Yang Mulia Raja Haji Mohamad Mahayuddin Bin Kudin.Sekolah ini menampung pelajar
               kampong       sekitar   seperti   Kg.Sawah      Bahru,Pekan      Air   Panas,    Kg.Kepoh      dan
               Kg.Redong.Sekolah ini pernah ditutup pada 1943-1945 kerana pendudukan Jepun di Tanah
               Melayu.Pada  awalnya  sekolah  ini  adalah  sebuah  bangunan  kayu  setingkat.Pada  awal
               tahun 1970-an atas usaha pimpinan tempatan dan Guru Besar ketika itu En.Wan Ismail Bin
               Mohamad,dua  buah  blok  didirikan  dengan  dua  tingkat  dan  dilengkapi  dengan  6  buah
               kelas untuk PdP,pejabat Am,pejabat Guru Besar,Bilik Guru,1 bilik Sains,dan 1 bilik Kemahiran
               Hidup.Kelas Pra Sekolah pula diubahsuai.

               Bernula dari tahun 1986,guru besar silih berganti hinggalah pada 1 April 2005 En.Ismail Bin
               Jais  menjadi  Guru  Besar  hingga  bersara  pada  31  Disember  2011.Beliau  digantikan  oleh
               En.Mohd Nor Bin Shakroni pada 16 Februari 2012.Namun begitu,khidmat beliau tidak lama
               kerana  ditukarkan  ke SK  Tebing  Tinggi  pada  31  Disember 2012.Tugasan  beliau  disambung
               oleh En.Ahmad Hamizan Bin Idris.Beliau memulakan tugas pada 1 Januari 2013 hingga
               2  Januari  2014  kerana  bersara  pilihan.Kemudian,  tugasan  sebagai  Guru  Besar  disandang
               oleh Tn Hj Sulaiman Bin Hj Md Yusof bermula 1 Januari 2014 hingga 15 Jun 2017. Kini, jawatan
               Guru Besar disandang oleh En. Arfan Bin Zulkefli bermula 18 Jun 2017.

               Bilangan  guru  sekolah  ini  kini  seramai  12  orang    diikuti  seorang  Pembantu  Tadbir,seorang
               Pembantu  Operasi,seorang  Pembantu  Am  Pejabat  dan  seorang  Pembantu  Pengurusan
               Murid.

               Kawalan  keselamatan  sekolah  ini  dibawah  kendalian  pihak  swasta  dengan  dua  orang
               Pengawal  Keselamatan  yang    bertugas  24  jam.  Untuk  Kebersihan  dan  Keceriaan  sekolah
               pula dikendalikan oleh Syarikat swasta dengan 3 orang pekerja iaitu 1 lelaki dan 2 wanita.
               Bilangan murid pula pada masa ini jumlahnya 83 orang termasuk murid Pra Sekolah.
                               TAHUN                BILANGAN MURID                 BILANGAN GURU

                               2012                        115                            14

                               2013                        117                            15

                               2014                        104                            15

                               2015                         83                            14

                               2016                         99                            13

                               2017                         90                            13

                               2018                         88                            12

                               2019                         83                            12

                                                                                                                 8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13