Page 4 - PELAN STRATEGIK ORGANISASI PSO SKPP 2021-2023 terbaru update 23.12.2020_Neat
P. 4

Sekapur Sirih



                                                                           GURU BESAR
                                                                 SK PEKAN PUTATAN, PUTATAN

                                                             EN KASBULAH BIN MANGUN – DG44
                                                 (Master Of Education – Education In Management: UMS)

                                                       Asalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

                    Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang

             telah sama-sama berusaha dengan gigih dalam menghasilkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) 2021-2023 SK PEKAN
             PUTATAN.  Saya  selaku  guru  besar  mengambil  kesempatan    untuk  mengucapkan  selamat  mengharungi  CABARAN
             Tahun 2021 ini dengan penuh semangat dan dedikasi yang membara dalam melaksanakan program-program atau
             aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dirancang, untuk mencapai matlamat dan visi yang telah kita persetujui bersama.
                    Bagi  memastikan  sistem  pendidikan  sekolah  berjalan  lancar  seperti  yang  diimpikan,  elemen  pemantauan,
             penilaian  dan  penambahbaikan  akan  terus  ditekankan.  Semoga  matlamat  yang  kita  inginkan,  iaitu  untuk
             melonjakkan  prestasi  pencapaian  sekolah  dalam  pendidikan  negara  ke  tahap    tertinggi  akan  tercapai  dengan
             jayanya. Pendidikan masa kini semakin mencabar, justeru itu setiap insan berjiwa ’Pejuang Pendidikan’ memerlukan
             jati  diri,  kreadibiliti  dan  integriti  unggul  untuk  merealisasikan  kecemerlangan  pendidikan  seperti  yang  dihasratkan
             dalam PPPM.

                    Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan kita telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan
             harapan  tinggi  dan  komuniti  menyuarakan  kebimbangan  terhadap  keupayaan  sistem  pendidikan  untuk
             menyediakan  generasi  muda  secukupnya  bagi  menghadapi  cabaran  abad  ke-21.  Berdasarkan  hakikat  sesuatu
             sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap  kita warga  pendidik perlu mengambil tindakan yang kreatif,
             berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan di sekolah kita.

             KASBULAH BIN MANGUN

                                                                                                                                                      3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9