Page 6 - PELAN STRATEGIK ORGANISASI PSO SKPP 2021-2023 terbaru update 23.12.2020_Neat
P. 6

SEJARAH SEKOLAH

                SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN

             Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan,Penampang memulakan sesi persekolahannya pada 03hb Januari 1989.  Guru
             Besar  yang  pertama  ditugaskan  di  sekolah  ini  ialah  Puan  Hajjah  Jamilah  Bte  Datuk  Haji  Fadzil  dan  dibantu  oleh
             seorang Penolong Kanan 1 iaitu Encik Amirkasan Bin Abdul Rahim.  Jumlah guru pada awal tahun 1989 ialah seramai
             20 orang.

                      Jumlah  murid-murid  pada  tahun  1989  hingga  akhir  Oktober  1989  adalah  seramai  487  orang.    Pada
             keseluruhannya  murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah mereka yang berpindah dari sekolah sekitar Daerah
             Penampang.  Terutamanya dari SK.Petagas, SK.Buit Hill, SK. Tansau dan SRJK Hwa Shiong Putatan.  Bagi murid-murid
             yang mendaftar untuk Tahun 1 pada tahun 1989, pihak sekolah telah menerima seramai 97 orang sahaja.  Sembilan
             puluh peratus daripada jumlah murid sekolah ini tinggal di sekitar Pekan Putatan.  Kebanyakkannya terdiri daripada
             anak tempatan dan sebilangan kecil terdiri daripada rakyat asing seperti Filipina dan Indonesia.  Bagi kelas Tahun 1,
             sebanyak 3 buah kelas telah diperuntukkan.

                    Pada  awal  tahun  1990,  jumlah  murid  telah  meningkat  kepada  647  orang.    Dengan  itu  bilangan  kelas  telah
             ditambah  dari  13  buah  kepada  17  buah  kelas.    Tenaga  pengajar  juga  ditambah  dari  20  kepada  33  orang  serta
             dibantu oleh 4 orang kakitangan bukan mengajar.

                    Sekolah ini juga telah menubuhkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang dipengerusikan oleh Encik Majid
             Etting  bagi  sesi  1989  –  1990.    Walau  bagaimanapun,  sekolah  ini  belum  lagi  dirasmikan  memandangkan  beberapa
             kemudahan  asas  yang  belum  lengkap.Semenjak  pembukaannya  kira-kira  lima  tahun  yang  lalu  maka  upacara
             bersejarah Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan telah berjaya disempurnakan pada 12hb Februari,
             1994 oleh YAB Datuk Seri Anuar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia
             yang ketika itu hanya diwakili oleh timbalannya iaitu Senator Mustafa Mohamad.

                    SK.Pekan  Putatan  merupakan  sekolah  rendah  yang  mempunyai  bilangan  murid  paling  ramai  di  daerah
             Penampang  dan  majority  murid-murid  dan  guru  di  sekolah  ini  adalah  beragama    Islam.    Hasil  kesungguhan  pihak
             pentadbiran sekolah dan kerjasama padu dari Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) yang pada ketika itu dipengerusi
             oleh Tuan Hj Ag Damit b Pg Mohd Yassin, maka pada Tahun 1997 sebuah bangunan surau sekolah berjaya didirikan.
                                                                                                                                                      5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11