Page 11 - konvoPDF
P. 11
Cokmar
Lambang Kuasa
Politeknik Jeli Kelantan
C okmar, dari segi sejarahnya adalah merupakan satu senjata. Ianya melambangkan kebesaran dan kuasa
dalam sesuatu majlis. Cokmar Politeknik Jeli diperbuat dari aloi Pewter, bahan yang sama pernah digu-
nakan oleh Masyarakat Kelantan sebagai matawang atau lebih dikenali dengan Pohon Pitis. Bahan
pembuatannya adalah simbolik kepada Ilmu yang melambangkan betapa pentingnya bahan ini digu-
nakan dalam perniagaan dan menjana ekonomi. Badan tengah cokmar bersalut perak yang dipenuhi
ukiran halus bermotif awan larat melambangkan pembelajaran berterusan dalam melestarikan kegemilangan ilmu. Pada
bahagian tengah cokmar ditatahkan permata sebagai simbol para pelajar yang diibarat bagai permata yang digilap
akan bersinar, holistik dan berdaya saing. Bunga Raya diletakkan selari dengan tulisan Politeknik Jeli Kelantan merupa-
kan simbol bunga kebangsaan Malaysia.
Pada bahagian kepala cokmar itu diukir lambang jata
negara Malaysia yang mencerminkan bahawa institusi ini
adalah milik negara, dan tulisan Politeknik Jeli Kelantan
untuk menjelaskan identiti dan fungsinya.
10