Page 8 - konvoPDF
P. 8

Politeknik Jeli Kelantan(PJK) merupakan
                                      politeknik  yang  ke-22  ditubuhkan  oleh
                                      Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1
                                      April 2007. Ia merupakan sebuah institusi
                                      pendidikan  dan  latihan  bagi  melahirkan
                                      modal insan yang lestari serta mempunyai
                                      mentaliti kelas pertama di samping berupaya
                                      menyesuaikan dirinya dengan persekitaran
                                      yang dinamik. Pada peringkat awal penubu-
                                      han, PJK hanya menawarkan satu kursus
                                      sahaja iaitu  Sijil Kejuruteraan Elektrik  (SKE).


                                      Kampus tetap PJK telah dibina melibatkan
                                      kos hampir 124 juta yang meliputi kawasan
                                      seluas 122 ekar. Kampus ini siap
                                      sepenuhnya pada  tahun
                                      2013. Dari segi lokasinya,
                                      PJK berada di ekosistem
                                      yang bersesuaian dengan
                                      program-program     yang
                                      ditawarkan.
       POLITEKNIK JELI


             SELAYANG PANDANG                                                                                        Pada 14 Februari 2013,

                                                                                                                     Majlis Penyerahan Projek
                                                                                                                     Kampus Tetap  Politeknik
                                                                                                                   Jeli telah disempurnakan oleh
                                                                                      pihak JKR kepada Jabatan Pengajian Politeknik. Bermula dari 1
                                                                                      Mac 2013, Politeknik Jeli Kelantan telah beroperasi secara rasmi
                                                                                     di kampus tetap ini. Pengambilan pertama pelajar bermula pada
                                                                                     semester Jun 2013. Program pertama yang ditawarkan di kampus
                                                                                     ini adalah Diploma Agroteknologi dan Diploma Akuakultur.aa
                                                                                                                                              7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13