Page 4 - konvoPDF
P. 4

SEULAS PINANG







                                                    Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia
                                            dan keizinanNya,Politeknik Jeli dapat menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-5 dengan jayanya.
                                            Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada warga Politeknik Jeli atas usaha dan penat lelah menjayakan
                                            majlis yang gilang-gemilang ini.

                                                    Saya juga ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada para graduan kerana  berjaya menamat-
                                            kan  pengajian  dan  layak  dianugerahkan  diploma  masing-masing.  Kejayaan  ini  bukanlah  atas  usaha
                                            graduan sendiri semata-mata, bahkan adalah juga berkat dorongan dan doa restu daripada ibubapa.
                                            Selain itu, tunjuk ajar, didikan, dorongan dan bimbingan para pensyarah turut menyumbang kepada
       PROF. DATO’ DR. MOHD ISMAIL          kejayaan dan pencapaian graduan pada hari ini.
                BIN ABD.AZIZ
              KETUA PENGARAH                         Kejayaan para graduan menamatkan pengajian di Politeknik Jeli bukanlah noktah kepada proses
      JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK         mencari ilmu. Bahkan, ini merupakan permulaan kerana ilmu haruslah dicari hingga ke akhir hayat seba-
             DAN KOLEJ KOMUNITI             gaimana sabda Rasulullah, “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”.
                                                    Selain itu, memandangkan persaingan di alam perkerjaan yang semakin mencabar, para graduan
                                            perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
                                            menjadi graduan yang mempunyai elemen-elemen “soft-skills” dan “multi-tasking” sebagai modal
                                            berharga untuk menghadapi alam perkerjaan.

                                                    Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga Politeknik Jeli beroleh kekuatan dan memiliki
                                            komitmen yang tinggi dalam usaha mendokong aspirasi negara, melahirkan generasi yang berpontensi
                                            tinggi untuk menjadi pewaris dan peneraju kepimpinan negara dan seterusnya dapat memperkasakan
                                            dan mengharumkan nama politeknik di peringkat global.

                                            Sekian, terima kasih.








                                                                                                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9