Page 3 - konvoPDF
P. 3

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

                      Segala puji bagi Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas rasul junjungan, para sahabat dan para tabi’in,
                      jua dipohonkan taufik dan hidayah untuk sekalian orang beriman, dan kesejahteraan untuk semua jemputan.

                      Setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah swt, kerana dengan izin dan kurniaNya, maka pada hari yang gemilang
      SEKAPUR SIREH
                      ini, akan berlangsung satu peristiwa yang amat bermakna kepada semua graduan dan ahli keluarga serta warga Politeknik
                      Jeli Kelantan.

                      Pada hari ini akan berlangsung majlis Konvokesyen kali ke-5 Politeknik Jeli Kelantan, dan majlis julung kalinya disempurna-
                      kan  di  kampus  tetap  di  Jeli,  Kelantan  dengan  membawa  Tema  “  GRADUAN  HOLISTIK  MENJANA  KECEMERLANGAN
                      NEGARA”. Majlis penganugerahan ini merupakan simbol pengiktirafan kepada keberhasilan dan keberadaan Politeknik
                      Jeli dalam jajaran Institusi Pendidikan Tinggi Awam di negara ini, yang bermatlamat melahirkan graduan yang holistik,
                      berciri keusahawanan dan seimbang, serta menjadi Institusi TVET tersohor dalam bidang Agroteknologi dan Bio-industri
                      di rantau ini.

                      Sekalung tahniah kepada semua para graduan yang telah berjaya dalam jurusan masing-masing. Setinggi ucapan terima
                      kasih  kepada  ibubapa  dan  keluarga  yang  tidak  pernah  jemu  mendoakan,  dan  juga  tidak  pernah  letih  menghulurkan
                          bantuan dan sokongan yang tulus ikhlas, demi kejayaan anak-anak semua. Dan, salam penuh penghormatan dan
                                  terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para pensyarah dan Jemaah pentadbir yang telah menyem-
                                    purnakan tugasan pendidikan ini dengan jayanya.
                                                  K e pada  para  graduan,  selamat  pulang  ke  pangkuan  masyarakat,  semoga  kalian
                                                              berjaya  menterjemahkan  segala  ilmu  di  dada,  ke  dalam  bentuk  amaliah
                                                                  yang  dapat  dinilai  dan  dinikmati  oleh  masyarakat  keseluruhanya,
                                                                   semoga  menjadi  anak  bangsa  yang  berguna  kepada  agama,  bangsa
                                                                   dan negara. Selamat maju jaya.








       2
   1   2   3   4   5   6   7   8