Page 5 - konvoPDF
P. 5
SERUNGKAI KATA
Asalamu’alaikum Waramatullahi Warabakatuh dan Salam Sajehtera
Syukur kepada Allah SWT kerana atas keizinanNya, Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Ke-5 dapat
diadakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya
menamatkan pengajian serta dianugerahkan diploma dalam bidang Agroteknologi dan Akuakultur. Saya
percaya kejayaan ini amat memberi makna kepada graduan, ibu bapa serta para pensyarah yang telah
menyumbang kepada kejayaan ini.
WAN AZLAN BIN WAN ISMAIL
Penganugerahan diploma bukan bermakna perjuangan para graduan sudah selesai. Harus
PENGARAH POLITEKNIK JELI diingatkan terdapat persaingan yang tinggi untuk mendapat tempat dalam dunia pekerjaan. Oleh yang
KELANTAN demikian, diharapkan agar para graduan akan berusaha untuk seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani sebagaimana asas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan masyarakat
khususnya golongan muda menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Seperti yang sedia maklum, pada tahun 2018, kementerian terus komited dalam usaha menga-
rusperdanakan sistem pendidikan tinggi bertepatan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu Revolusi Industri 4.0. Ini adalah selaras dengan tema konvokesyen
kali ini, “GRADUAN TVET PENERAJU REVOLUSI INDUSTRI 4.0”.
Saya berkeyakinan para graduan yang diraikan di Majlis Konvokesyen kali ini akan memperolehi
kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi serta menjadi penyumbang kepada pembangunan
negara, bangsa dan keluarga.
Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dengan penuh komitmen bagi
menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli ke-5 ini.
Sekian, terima kasih.
4