Page 12 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 12
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021 7
PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Pakaian Guru Semasa Bertugas
a. Kemas, sesuai dan bersopan (Sila rujuk Pekeliling 6/1985).
b. Pakaian Batik Malaysia pada setiap Hari Khamis.
c. Pakaian Unit Beruniform setiap HarI
Masa Datang Sekolah
a. Semua Guru hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng pertama
mengikut sesi masing-masing.
b. Guru hendaklah “thumb scan” semasa sampai ke sekolah dan sebelum balik ke rumah.
Keluar Waktu Sekolah
a. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa mengajar kecuali mendapat
kebenaran Pengetua, PPD atau JPN dengan mengisi slip keluar dan difailkan di pondok pengawal
keselamatan.
b. Setelah mendapat kebenaran Pengetua, guru dikehendaki menulis nama dan maklumat yang
diperlukan dalam Buku Rekod Keluar. Buku ini dikehendaki sentiasa disimpan di pejabat sekolah.
Jadual Waktu
a. Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu sepenuhnya.
b. Guru yang mengajar mestilah berada di dalam kelas, makmal, bengkel atau bilik khas yang
telah ditetapkan.
c. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas.
Jadual Ganti
a. Guru mestilah mematuhi jadual ganti seperti yang diedarkan/ slip guru ganti.
b. Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar.
c. Guru mesti berada dalam kelas semasa jadual ganti.
Taklimat Dan Mesyuarat Guru
a. Semua guru diwajibkan menghadiri taklimat / mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa dan
kehadiran di dalam mesyuarat mesti sepenuhnya.
b. Sekiranya guru tidak dapat hadir, guru berkenaan hendaklah memberitahu Pengetua dengan
memberikanalasan yang munasabah.
c. Guru yang tidak hadir hendaklah mendapatkan minit mesyuarat untuk mengetahui isu yang
dibincangkan dan mengambil tindakan yang berkaitan dengan tugasnya.
Buku Persediaan Mengajar / CIDS
a. Buku Persediaan Mengajar adalah SKT dan bahan rujukan untuk prestasi guru.
b. Buku Persediaan Mengajar hendaklah ditulis dengan cermat, teratur dan kemas kini.
Menampal kertas lain hanya untuk analisis peperiksaan, jadual waktu peribadi dan kelas.
c. Butir-butir berikut hendaklah diisi / dilengkapkan:
- Butir peribadi
- Jadual waktu peribadi dan kelas
- Sukatan Pelajaran
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Rancangan Pelajaran Harian
- Markah ujian dan peperiksaan bagi setiap kelas dan subjek diajar
- Buku rujukan
- Headcount setiap pelajar
d. Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat untuk disemak pada waktu akhir hari
Jumaat setiap minggu. ataupun setiap hari selepas pdpc.
Key in e-Kehadiran Dalam APDM dan Print Hard Copy
a. Guru Tingkatan bertanggungjawab mengisi kehadiran dalam APDM.
b. Tugas ini tidak boleh diberi kepada pelajar.
c. Fail Kehadiran pelajar ini tidak boleh dibawa keluar dari pejabat kecuali dengan kebenaran Pengetua
atau Penolong Kanan Pentadbiran. Fail Kehadiran hendaklah sentiasa berada di pejabat.
d. Print kehadiran dan diserahkan kepada pejabat selewat-lewatnya pada penghujung waktu kedua
(sesi pagi - 8.40 pagi dan sesi petang - 2.00 petang).