Page 13 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 13

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN  2021                             8



         Surat Arahan Pekeliling
         a.    Semua surat pekeliling  yang diedarkan hendaklah dibaca dengan teliti sebelum ditandatangani.
         b.    Surat Pekeliling yang diberi terus kepada guru hendaklah difailkan.

         Fail-Fail Sekolah
         a.    Apabila guru-guru menerima fail  yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, guru
              berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan semasa yang ditetapkan.
         b.    Sila tandatangani nota edaran fail.

         Melaksanakan Arahan/ Tugas
         a.    Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, maka guru hendaklah melakukannya sendiri.
         b.    Guru tidak dibenarkan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengetua.
         c.    Tugas guru juga tidak boleh diserahkan kepada pelajar.

         Penggunaan Alat / Harta Benda Sekolah
         a.    Guru mestilah bertanggungjawab menjaga alat / harta benda sekolah yang digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan
         b.    Alatan yang dipinjam hendaklah dipulangkan selepas menggunakannya.
         c.    Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan kepada Pengetua dengan segera.
         d.    Guru bertanggungjawab mengemas kini Buku Stok di bawah jagaan masing-masing.
         e.     Perkhidmatan Pejabat tidak boleh digunakan untuk urusan peribadi.
         f.   Kunci bilik-bilik khas hendaklah disimpan di pejabat selepas digunakan.

         Penggunaan Telefon Sekolah
         a.    Telefon sekolah hanya digunakan untuk urusan pentadbiran sekolah sahaja.
         b.    Kebenaran Pengetua hendaklah diperoleh untuk penggunaan peribadi dan bayaran hendaklah dibuat.

         Bilik Guru
         a.    Kelab Staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk jawatankuasa bilik guru.
         b.    Semua guru bertanggungjawab menjaga susunan dan kebersihan Bilik Guru.

         Kelab Staf
         a.    Semua guru dan staf sokongan yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi
              ahli Kelab Staf.

         Orang Luar Berjumpa Guru
         a.    Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan staf sokongan tanpa
              kebenaran Pengetua.
         b.    Orang luar dilarang berjumpa guru di bilik darjah semasa guru mengajar.
         c.    Pelawat dikehendaki mengambil slip pelawat serta mendapatkan tanda tangan Pengetua sebelum berjumpa dengan guru yang ingin
              dilawati.
         d.     Bilik Guru merupakan kawasan larangan bagi pihak luar.

         Cuti Sakit
         a.    Guru atau staf sokongan yang tidak hadir kerana sakit hendaklah memberitahu Pengetua melalui
                panggilan telefon/ menghantar mesej sebelum mulanya waktu rasmi bekerja.
         b.     Guru perlu memberitahu Pk Pentadbiran atau Pk Petang untuk urusan jadual ganti.
         c.    Guru hendaklah melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas.
         d.    Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua untuk kelulusan pada hari yang sama atau keesokkan hari.
         e.    Guru yang keluar berurusan dengan pihak hospital melebihi 4 jam dikehendaki mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas.

         Cuti Rehat Khas
         a.    Guru berhak mendapat cuti rehat khas  10 hari setahun.
         b.    Guru boleh memohon cuti rehat khas dengan mengisi borang cuti rehat, kad cuti dan secara atas talian dalam sistem HRMIS sekurang
              kurangnya 3 hari sebelum.
         c.     Pengambilan cuti rehat khas hendaklah dirancang kecuali dalam kes kecemasan
         d.     Kelulusan cuti rehat khas adalah atas budi bicara Pengetua.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18