Page 128 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 128
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
DASAR KOKURIKULUM SEMAJA
1.0 PENGLIBATAN GURU 100% DALAM KOKURIKULUM
1.1 Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum merupakan
sebahagian daripada kurikulum sekolah.
1.2 Setiap guru wajib menganggotai sekurang-kurangnya dua dari[ada tiga unit dalam bidang-bidang
kokurikulum yang dianjurkan :-
a. Persatuan Badan Beruniform
b. Persatuan Kelab Akademik
c. Kelab Permainan
1.3 Kehadiran guru adalah wajib sama seperti hari-hari persekolahan.
1.4 Untuk mendapatkan pelepasan bertugas, guru-guru dikehendaki memaklumkan dan mendapatkan
kebenaran Pengetua.
1.5 Setiap guru bertanggungjawab memastikan setiap bidang kokurikulum bergerak aktif mengikut
program yang dirancang.
1.6 Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid dan sentiasa berada bersama
murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Pegawai bukan guru tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan murid.
1.7 Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan.
1.8 Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerakerja/ modul aktiviti dengan jelas supaya tidak
berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
1.9 Setiap guru perlu menyediakan kertas kerja ke atas setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan
aktiviti kokurikulum serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak sekolah/
perbendaharaan/ JPN Perak.
1.10 Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru.
1.11 Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri kursus berkaitan kegiatan kokurikulum, permainan atau
pengadilan, pelaksanaan kokurikulum hendaklah hadir dan menjadi kesalahan jikalau tidak hadir.
1.12 Kehadiran dalam setiap taklimat/ mesyuarat penyelarasan dan pembangunan kokurikulum adalah
wajib bagi semua guru yang terlibat. Ketidakhadiran perlu dimaklumkan awal kepada Pengetua dan
perlu disediakan wakil.
2.0 PENGLIBATAN MURID 100% DALAM KOKURIKULUM
2.1 Melibatkan penyertaan semua murid dalam kegiatan kokurikulum mengikut bakat, kebolehan dan
minat pilihan mereka dalam bidang-bidang:
a. Persatuan Badan Beruniform
b. Persatuan Kelab Akademik
c. Kelab Permainan
2.2 Setiap murid wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan, satu unit
beruniform, satu persatuan/ kelab dan satu permainan serta rumah sukan. (Perkara 5.1 Surat
Pekeliling ikhtisas Bil 1 1985 KP(BS)8591 Jld.11(29)
2.3 Murid-murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid-murid yang
mendapat pengesahan daripada doktor kerajaan. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan
sahaja.
2.4 Kehadiran murid adalah wajib.
2.5 Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan disiplin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
2.6 Setiap murid perlu bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
2.7 Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa/
penjaga murid dan pihak sekolah.
2.8 Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika
menjalankan aktiviti kokurikulum.
3.0 MASA AKTIVITI
3.1 Masa aktiviti bagi setiap aktiviti kokurikulum adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Tertinggi
Pengurusan Sekolah dan boleh dipinda mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah:
3.1.1 Bagi perjumpaan Persatuan Kelab Akademik, Kelab Permainan dan Persatuan Badan
Beruniform ialah setiap hari Rabu dari jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 114