Page 130 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 130
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021
6.1.18 Post Mortem Pencapaian Aktiviti/ Program Unit Kokurikulum Tahunan
6.1.19 Ruang gambar / foto aktiviti (Lampiran)
7.0 PENGURUSAN PAPAN KENYATAAN
7.1 Papan kenyataan bagi setiap unit kokurikulum mesti mempunyai maklumat-maklumat berikut:
7.1.1 Visi Kementerian Pelajaran Malaysia,
7.1.2 Visi SMK Raja Muda Musa
7.1.3 Visi Unit Kokurikulum masing-masing
7.1.4 Carta organisasi
7.1.5 Rancangan tahunan
7.1.6 Aktivititi dan pencapaian unit masing-masing
7.1.7 Gambar-gambar yang berkaitan dengan aktiviti masing-masing.
.
8.0 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI DI DALAM SEKOLAH (DI LUAR RUTIN AKTIVITI
MINGGUAN BIASA)
8.1 Mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai sebelum sesuatu aktiviti dimulakan,
menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP) dan maklum pengetua.
8.1.1 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga kemudian mengumpulkannya dan
memastikan ianya telah ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga. Memberi taklimat
keselamatan kepada murid semasa perjumpaan.
8.1.2 Memastikan peralatan kokurikulum dan sukan menepati spesifikasi dan selamat digunakan.
8.1.3 Memastikan kawasan selesa dan selamat.
8.1.4 Memastikan iklim yang tidak ekstrem.
8.2 Guru penasihat menyelia aktiviti atau perjumpaan murid.
8.2.1 Guru sentiasa berada bersama pelajar dan menyelia pelajar sepanjang masa aktiviti
dijalankan.
8.2.2 Guru mengawasi penggunaan peralatan oleh pelajar semasa aktiviti dijalankan.
8.2.3 Sebelum menamatkan aktiviti atau perjumpaan, guru penasihat dikehendaki,
8.2.3.1 Memastikan pintu, tingkap, lampu, dan kipas ditutup.
8.2.3.2 Memastikan bilik/ kawasan aktiviti bersih dan kemas.
8.2.3.3 Memulangkan semula peralatan yang dipinjam kepada pihak yang memberi
pinjaman. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan perlu dimaklumkan
kepada pihak yang memberi pinjaman. Kehilangan atau kerosakan peralatan yang
disebabkan oleh kecuaian pihak yang meminjam akan ditanggung sendiri oleh
pihak tersebut.
9.0 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI LUAR SEKOLAH
9.1 Menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP).
9.2 Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/ penjaga lebih awal kepada murid terlibat kemudian
mengumpul dan memastikan ianya ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga murid sebelum murid di
bawa keluar.
9.3 Membuat tempahan bas (murid terlibat melebihi 30 orang) atau kereta guru (murid kurang daripada
30 orang) dengan mengisi borang permohonan menggunakan bas/ kereta guru sekolah.
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah 2021 116