Page 5 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 5
SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN 2021 1
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
SMK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya dapat kita meneruskan agenda pendidikan di SEMAJA bagi tahun 2021 ini. Pada kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku
Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah Tahun 2021 kerana telah berjaya menyiap dan
memperkemas buku ini dengan jayanya. Sesungguhnya, Buku Panduan Pengurusan dan Takwim
sekolah ini adalah sumber rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) dalam merangka pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang.
Tahniah juga untuk barisan guru yang telah mengangkat martabat sistem pendidikan
negara hingga berada pada tahap yang membanggakan. Komitmen daripada semua guru dalam
menerajui visi dan misi pendidikan negara untuk merealisasikan kemenjadian murid dan seko lah
berkualiti amat dibanggakan. Walaupun penularan Pandemik Covid 19 dilihat menjadi cabaran
tetapi semangat juang para guru tidak luntur sama sekali kerana berpegang kuat kepada janji
tetap ditunaikan.
Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, sekolah seharusnya melaksanakan pelbagai
kompetensi antaranya pembelajaran abad ke-21 yang memberi penekanan kepada 5 Standard
Asas PAK 21 (Komunikasi, Kreativiti, Kritis, Kolaborasi dan Nilai Murni & Etika), Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD), Kerangka Konsep PAK 21 (Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran),
pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Seiring dengan itu, moto We Deliveryang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Perak menjadi aku janji, kebersamaan dan komitmen setiap guru untuk memberikan
pendidikan terbaik kepada anak didik di SEMAJA lantaran merealisasikan visi Pendidikan
Berkualiti Sekolah Unggul Murid Holistik. Dengan ini, sudah menjadi tanggungjawab yang mesti
digalas oleh seluruh warga pendidik di SEMAJA untuk menggapai misi penyampaian pendidikan
berkualiti untuk membangun sekolah unggul bagi menyediakan murid holistik.
Saya yakin dan percaya bahawa SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan akan muncul sebagai
salah sebuah Sekolah Harian yang mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang,
terkawal dan sempurna dalam usaha menyediakan murid holistik. Selain itu, saya juga melihat
bahawa SMK Raja Muda Musa ini berpotensi menjadi wadah terbaik dalam melahirkan insan
yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi Khalifah
yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Selamat menjalankan tugas bagi tahun 2021 ini. Semoga pada tahun ini SMK Raja Muda
Musa akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan melakar kejayaan yang gemilang
dalam semua bidang. Apa-apa pun cabaran dan transformasi yang bakal dihadapi, seharusnya
diterima dengan fikiran yang positif dan minda yang terbuka luas dalam kita melunaskan amanah
yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan.
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.
(HAJAH NORIZAN BINTI HUSSIN) .
Pengetua
SMK Raja Muda Musa,
Teluk Intan, Perak.