Page 6 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 6

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN  2021                             2



                                                                            Ruj. Kami   : SMKRMMTI.500-7/3/1(08)
                                                                               Tarikh  : 11 Januari 2021



              Kepada,


              Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana,
              SMK Raja Muda Musa,
              36000 Teluk Intan.


              Tuan,


              PELANTIKAN RASMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN 2021


              Perkara di atas adalah dirujuk.


              2.    Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya selaku Pengetua SMK Raja Muda Musa, Teluk
                    Intan melantik tuan secara rasmi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang
                    termaktub dalam Buku Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah Tahun 2021 ini.

              3.    Saya dan pihak pengurusan sekolah amat yakin bahawa tuan dapat menerima dan menjalankan
                    tugas dengan penuh komitmen kerana tuan ialah guru dan AKP yang proaktif. Bersama -samalah
                    kita berusaha mempertingkatkan prestasi SEMAJA di samping memartabatkan profesion
                    keguruan ke tahap cemerlang, gemilang dan terbilang.

              4.    Tuan diberi kuasa untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan pekeliling -
                    pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Perak, Pejabat
                    Pendidikan Daerah dan juga pekeliling Pengetua SEMAJA.

              5.    Pengurusan yang cemerlang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan
                    penambahbaikan yang berterusan bersesuaian dengan prosedur kerja SPKJPNPK kepada warga
                    SEMAJA.

              6.    Oleh itu, semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada tuan akan menjadi dasar
                    penilaian prestasi pada akhir tahun.


              Selamat  menjalankan  tugas.


              Sekian,  terima kasih.




              .........................................................
              (   HAJAH NORIZAN BINTI HUSSIN  )
                                 Pengetua
                       SMK Raja Muda Musa
                          Teluk Intan. Perak
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11