Page 14 - Majalah Principal
P. 14

BIODATA
                                            "Nothing is
                                        IMPOSSIBLE. The
                                                                  NAMA :       Ismaliana Binti Ithnin
                                         word itself says           N O R L I Z A
                                          I'M POSSIBLE."        TARIKH LAHIR :        15 Mei 1989

                                                                    A J I S
                                                               UMUR :       30 Tahun

                                                                    G R O U P   A G E N C Y
                                                               STATUS :       Berkahwin
                                                                    M A N A G E R
                                                                 JAWATAN :        Agency Supervisor Premier
                                                                                  Wealth Advisors di CWA
                                                                                  Seremban 2


                                                                      PENDIDIKAN :        BA (Hons) Finance,
                                                                                          Accounting and
                                                                                          Management
                                      ISMALIANA
                                     BINTI ITHNIN
                              - AGENCY SUPERVISOR -



       Beliau mengimpikan ingin melangkah jauh dalam karier perbankan tetapi percaturan
       Tuhan jauh lebih baik bagi beliau dan Puan Ismaliana diberi gelaran 'Jaguh Kampung'. Gelaran tersebut adalah
       gelaran yang telah diberikan kepada beliau oleh Pengurus Besar Bank tempat beliau bekerja selama 2 tahun
       membuatkan  beliau  rasa  diri  tidak  dihargai  setelah  banyak  mengorbankan  masa  dan  tenaga  untuk
       mendapatkan pencapaian yang tinggi di situ.

       Beliau  yakin  beliau  adalah  seorang  yang  sangat  mempunyai  potensi  untuk  pergi  lebih  jauh  dalam  kerjaya
       beliau  dan  ini  dibuktikan  dengan  banyak  pencapaian  dan  anugerah-anugerah  yang  beliau  telah  menangi
       selama  bekerja  di  syarikat  perbankan  tersebut.  Berbekalkan  semangat  dan  yakin  diri  untuk  mencari  nilai
       sebenar  diri  sendiri,  beliau  mencari  peluang  baru  di  Principal  Asset  Management  dengan  'menyerah  diri'  di
       Pejabat  Agensi  yang  betul  dan  tepat.  Beliau  bertemu  dengan  insan  hebat  yang  merupakan  Group  Agency
       Manager  iaitu  Puan  Norliza  Binti  Ajis  dan  bermula  dari  pertemuan  pertama  itu  Puan  Ismaliana  membuat
       keputusan untuk bekerja sepenuh masa di Principal pada bulan Mac 2016.

       Beliau memulakan kerjayanya dengan baik apabila mencapai percutian percuma untuk agen rookie ke Pulau
       Langkawi seawal enam bulan pertama di dalam penglibatan di Principal pada tahun 2016. Puan Ismaliana juga
       telah berjaya mencapai pendapatan lima angka yang pertama seawal empat bulan di Principal. Tambahan itu,
       Beliau tekad untuk mencapai Challenge Trip Premier Club yang pertama baginya pada tahun nerikutnya yang
       melayakkan  beliau  untuk  memenangi  percutian  percuma  ke  Croatia  pada  tahun  2017.  Puan  Ismaliana  juga
       berjaya mencapai pengiktirafan dari Principal apabila memenangi challenge trip ke Hokkaido untuk tahun 2018
       dan Sun MDRT di Macau.

       Beliau meneruskan diri beliau belajar dan "breakthrough" lebih banyak kejayaan peribadi dan kini membantu
       lebih ramai downline untuk mencapai impian mereka. Kini Puan Ismaliana sedang mengatur langkah untuk naik
       setapak lagi dan berimpian untuk menjadi Agency Manager pada bulan Disember tahun 2019 dan seterusnya
       menjadi Group Agency Manager pada bulan Jun tahun 2021 dan ingin memiliki pejabat agensi sendiri di Bandar
       Baru Sendayan, Negeri Sembilan serta memiliki downline di seluruh negeri di Malaysia.










                                                                                                                13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19